Utama Mobile Telco CEO Nokia dakwa rangkaian 6G boleh ditawarkan secara komersil pada 2030

CEO Nokia dakwa rangkaian 6G boleh ditawarkan secara komersil pada 2030

101
0

Ketika rangkaian 5G masih lagi belum ditawarkan sepenuhnya di kebanyakan negara, beberapa syarikat kini sudah pun mula mengusahakan rangkaian 6G seperti Nokia. Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Pekka Lundmark yakin 6G akan mula memasuki pasaran komersil menjelang 2030. Beliau menyatakan demikian ketika berucap di dalam Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland awal minggu ini.

Sungguhpun terdapat jangkaan rangkaian 6G secara rasminya akan hadir lewat dekad ini, Lundmark menyatakan komunikasi generasi berikutnya tidak akan diterajui oleh telefon pintar pada dekad yang akan datang.

Apabila ditanya berkenaan garis masa bilakah dunia mula beralih dari telefon pintar ke peranti boleh pakai pintar, beliau menyatakan ia akan berlaku dalam tempoh sekitar sebelum kedatangan 6G.

“By then, definitely the smartphone as we know it today will not anymore be the most common interface. Many of these things will be built directly into our bodies,”

Beliau tidak menjelaskan dengan lebih terperinci bilakah ia akan berlaku dan bagaimana ia akan digunakan. Namun memaklumkan akan berlaku gabungan digital dalam pelbagai bentuk menjelang 2030 yang memerlukan sumber perkomputeran yang besar.

Buat masa ini, syarikat seperti Neuralink yang diasaskan bersama oleh Elon Musk sedang membangunkan peranti elektronik pintar yang mungkin boleh diimplankan ke dalam otak. Namun, perjalanan untuk merealisasikan teknologi berkenaan masih lagi terlalu jauh ketika ini.

Nokia pula menyatakan hasratnya dengan jelas untuk menjadi peneraju utama apabila rangkaian 6G mula memasuki arus perdana. Pun begitu, dalam keadaan dunia masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan ketersambungan yang lebih menyeluruh dengan 4G, serta 5G yang masih lagi belum meluas liputannya, rangkaian 6G ini mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk diperkenalkan kepada pasaran umum.

SUMBERBusiness Insider
Artikel sebelum iniOppo A57 4G diumumkan dengan cipset Helio G35 dan Pengecasan 33W
Artikel seterusnyaAnda kini boleh gunakan fungsi kekunci pintas ‘Copy’, ‘Paste’ & ‘Cut’ pada Google Drive versi Web
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.