Celcom secara rasminya telah melancarkan pas internet tanpa had baharu untuk pelanggan prabayar Xpax.
Pelan internet tanpa had ini boleh didapati dari serendah RM12 bagi pas seminggu dan pas bulanan pada RM35. Kedua-dua pas internet tanpa had ini hadir dengan had kelajuan pada 3Mbps.
Setakat ini Celcom tidak mengenakan kuota data penggunaan seperti yang ditetapkan oleh pas internet tanpa had Hotlink. Bagaimanapun, pengguna masih lagi tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama Celcom.
Minggu lalu Hotlink telah menawarkan pas internet tanpa hadnya melalui Hotlink Prepaid Unlimited. Nampak gayanya trend ini turut diikuti oleh Celcom pada minggu ini.
Pas internet tanpa had ini turut didatangkan bersama kuota penggunaan hotspot sebanyak 3GB dan panggilan tanpa had. Kelajuan untuk menggunakan hotspot ini mempunyai had kelajuan yang sama iaitu pada 3Mbps.












