Celcom kini dalam usaha membasmi penyalahgunaan kad SIM oleh segelintir pengguna pelan data mudah alihnya. Didapati sebahagian pengguna pelan prabayar Xpax Unlimited yang menggunakan kad SIM pelan berkenaan pada router wireless broadband telah menerima notis sekatan untuk tempoh dua minggu.
Perkara ini telah dilaporkan menerusi Facebook Group B618 Owner berikutan seorang ahli kumpulannya menerima SMS pemakluman tersebut.
RM0 ALERT! We detected that you are still using an authorised device for your data usage and have violated Celcom’s Fair Usage Policy. As a result, your data services will be suspended for 2 weeks, in 2 days. You can refer to our Fair Usage Policy at https://www.celcom.com.my/legal/fair-usage-policy. For any enquiries, chat with us via WhatsApp . Sincerely, Celcom.
Tangkapan layar tersebut turut menunjukkan satu lagi mesej yang menunjukkan penawaran data hotspot 20GB pada harga RM10.
Ini menunjukkan pengguna berkenaan merupakan pengguna pelan prabayar Xpax Unlimited yang menawarkan data tanpa had berkelajuan 3Mbps pada harga RM35/bulan. Pelan ini didatangkan dengan data hotspot 3GB dan pada masa yang sama, Celcom turut menawarkan data hotspot tambahan 20GB untuk RM10.
Tidak dibenar menggunakan kad SIM Celcom pada router diubahsuai
Pelan data mudah alih tanpa had sama ada prabayar mahupun pascabayar biasanya dikhususkan pada peranti mudah alih sahaja. Ini bermakna, pengguna tidak sepatutnya menggunakannya sebagai internet wireless braodband di rumah masing-masing.
Berdasarkan Dasar Penggunaan Saksama (FUP) Celcom, penggunaan menggunakan peranti seperti router wireless broadband yang diubahsuai adalah tidak dibernarkan.
Bagi pengguna yang tidak mempunyai akses ke rangakaian internet jalur lebar fiber, anda mungkin boleh mencuba dengan pelan wireless broadband seperti yang ditawarkan oleh Celcom, Unifi Air dan Maxis.
Celcom menawarkan pelan Home Wireless Broadband pada harga bermula dari RM 70 sebluan untuk data 25GB dan 40GB untuk video walla. Bagi pengguna yang kuat menggunakan data, pelan Home Wireless XL menawarkan data 150GB, dan 1TB video walla untuk RM 150 sebulan.
Untuk pelan wireless broadband tanpa had kuota pula, anda mungkin boleh mencuba Unifi Air pada harga RM 79 sebulan. Selain itu, terdapat juga pelan tanpa had Maxis 4G Home WiFi pada harga RM 138 sebulan.












