Celcom baru-baru ini telah mengumumkan kepada para pelanggannya mengenai kerja-kerja pemberhentian rangkaian 3G mula dijalankan secara berperingkat. Kerja-kerja pemberhentian rangkaian ini dijangka selesai akhir Disember 2021.
Pengumuman yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggannya ini turut mengingatkan pengguna supaya menggunakan telefon pintar 4G dan kad SIM 4G Celcom
Dilaporkan, Celcom mempunyai hampir 9.1 juta pelanggan mudah alih yang merangkumi pelan prabayar dan pascabayar. Di seluruh Malaysia, Celcom juga mempunyai kawasan liputan sebanyak 93% bagi rangkaian 3G dan 90% bagi rangkaian 4G/LTE.

Celcom disasarkan akan menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G dalam masa yang terdekat ini dan pemberhentian rangkaian 3G ini merupakan salah satu usaha yang dilakukannya.