Celcom menawarkan Xiaomi Redmi Note 4, Oppo R9s Plus, Huawei P10 dan Huawei P10 Lite ke dalam pakej pelan pascabayar, Celcom First Platinum dan Celcom First Gold Plus berserta kontrak selama 24 bulan. Pelan ini turut hadir dengan tawaran panggilan tanpa had, penggunaan aplikasi media sosial tanpa had, serta had kuota penggunaan internet sehingga 60GB setiap bulan.
Celcom First Gold Plus | Celcom First Platinum | |
Komitmen Bulanan | RM98 | RM150 |
Data (Hari Biasa + Hujung Minggu) | 20GB + 20GB | 30GB + 30GB |
Panggilan Percuma | Tanpa had ke semua rangkaian | Tanpa had ke semua rangkaian |
SMS Percuma | – | Tanpa had ke semua rangkaian |
Kadar SMS | 20sen/SMS | – |
Huawei P10 (Harga PasaranRM2,357.55) | RM1,658 | RM1,348 |
Huawei P10 Lite (Harga PasaranRM1,225.47) | RM638 | RM328 |
Oppo R9s Plus (Harga Pasaran: RM2,356.60) | RM1,728 | RM1,418 |
Xiaomi Redmi Note 4 (Harga PasaranRM753.77) | RM338 | Percuma |
Selain itu, pakej pascabayar ini turut menyediakan penggunaan perkhidmatan Yonder Music tanpa had dan WiFiPlus tanpa had. Pengguna juga turut ditawarkan pilihan AnydayGB yang membenarkan pengguna menggabungkan kuota data hari biasa dan hujung minggu sekaligus dengan tambahan yuran bulanan sebanyak RM10.
Turut ditawarkan, akses tanpa had ke perkhidmatan iflix untuk selama 12 bulan secara percuma melalui pelan Celcom First Platinum.
Pengguna yang berminat boleh mendaftar secara atas talian untuk memperoleh pilihan pembelian sama ada Xiaomi Redmi Note 4, Oppo R9s Plus, Huawei P10 dan Huawei P10 Lite melalui pelan-pelan pascabayar tersebut.
Layari pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej-pakej pelan pascabayar Celcom
wah
pascabayar utk telefon ni, jika aku x de credit card, bleh apply ke?
aku tau skrang byk org ada credit card, tpi aku belum apply lagi….
gaji x cukup apply
simpan duit yg ko nk beli phone kat bank, sikit2 jadi bukit, masa tu lah baru beli phone…
atau bleh tgk kan telco, mungkin ada plan utk korg yg x de credit card…
u blh try celcom pya pelan easyphone sbb pelan ni tak perlu guna kad kredit, sgt mudah .
jika x pakai credit card, mmg boleh ke?
rasa macam x secure, jika aku x bayar bill, ada apa x?
credit card ada interest jika lewat bayar bill.
ya ke , bestnya sebab I memang xde kredit kad ..kita orang miskin kan haha , nak cuba la ni jadi I boleh dapat phone baru
ye, mmg bgus gila, x nk register credit card, susah process, skrg bleh pakai celcom easyphone beli phone dgn bayaran ansuran, byk cun!!!
Celcom punya easyphone membolehkan anda bayar secara ansuran, dgn pelan tu u tak payah risau tak de cukup duit utk beli smartphone yg u suka.
Aq pun rasa xpaya kad kredit lbih baik…
Klau nak hadiah ibubapa pun berbaloi! byr dgn ansuran je
pakai credit card snng lagi, aku rasa secure dgn credit card
skrang pun bkan susah nk apply credit card, credit card ni bleh tgk org tu boleh bayar dgn harga tu ke x, x bagus juga jika drag payment.
snng nk apply credit card, tapi bukan semua org sesuai pakai credit card, kdg2 kena bayar fee yearly lagi, rugi betol la, aku pun x pakai credit card, nk bagus celcom easyphone ni, nk beli fon without credit card is not a dream anymore!!!
ni ke yang pelan baru celcom tu ..bestnya sbb bayar ansuran dia beban ringan sikit , ada banyak pilihan lg under package ni