Berita baik buat pelanggan Celcom. Syarikat telco ini baru sahaja mengumumkan rancangan untuk menyediakan “Lightning Fast LTE” dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat ini. Menggunakan kelebihan teknologi 4-pemancar-4-penerima (4-transmit-4-receiver, 4T4R), ia dijangkakan mampu menawarkan kelajuan muat turun sehingga 400Mbps.
Sebagai perbandingan, kelajuan puncak talian 4G Celcom pada ketika ini adalah 300Mbps. Oleh yang demikian, dijangkakan kelajuan capaian internet melalui teknologi terbaru ini dijangkakan mampu memainkan video penstriman 4K tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, prestasi “Lightning Fast LTE” turut bergantung dengan jenis peranti yang digunakan oleh pengguna. Antara peranti-peranti yang mampu menyediakan sokongan terhadap kelajuan capaian internet yang terbaru ini termasuklah Huawei P10 Plus dan Samsung Galaxy S8.
Menurut Celcom, program “Lightning Fast LTE” akan dimulakan di sekitar Lembah Klang dan dijangka siap untuk digunakan sepenuhnya bermula Ogos 2017 dengan bandar-bandar utama lain akan menyusul kemudian. Ujian rangkaian 5G ini bakal dilakukan seawal bulan depan.
Sumber berita dan imej diperoleh dari The Star