Baru-baru ini saya berhasrat untuk mendapatkan permainan PC, Dragon Ball Fighter Z yang ditawarkan diskaun sehingga 75% di Steam. Saya berasa amat tertarik untuk membelinya kerana sudah terlalu lama saya tidak bermain permainan komputer genre pergaduhan seperti ini. Kali terakhir permainan sebegini saya pernah memainkannya adalah permainan Street Fighter II di konsol Micro Genius tahun 1994 dahulu.
Apa yang saya terlepas pandang sebelum bercadang membuat pembelian permainan tersebut adalah spesifikasi minimumnya. Saya sudah tidak ingat apakah jenis kad grafik yang telah dipasangkan pada PC saya ini. Kotaknya pun saya sudah lama campakkannya entah ke mana.
Saya tidak pasti sama ada spesifikasi kad grafik PC saya ini melepasi spesifikasi minimum yang diperlukan untuk memainkan Dragon Ball Fighter Z ini.
Untuk mengetahuinya, terlebih dahulu saya perlu membuat semakan jenis kad grafik yang telah dipasangkan pada PC saya ini. Salah satu caranya adalah membuat semakan pada “Task Manager”.
Isi Kandungan
Cara membuat semakan GPU melalui Task Manager pada Windows 10
Pada Windows 10, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai GPU anda melalui Task Manager. Caranya adalah dengan klik kanan pada taskbar dan pilih “Task Manager”, atau tekan kekunci Windows + Esc untuk membukanya.
Klik pada tab “Perfomance” pada bahagian atas tetingkap berkenaan. Jika tidak dapat melihat tab berkenaan, klik pada “More Info”. Pilih “GPU 0” pada sidebar. Maklumat berkenaan pengeluar dan nama model GPU berkenaan akan tertera pada penjuru atas kanan tetingkap tersebut.
Jika anda mempunyai lebih dari satu GPU pada PC anda, anda akan melihat sebuah lagi GPU yang disenaraikan sebagai “GPU 1”, “GPU 2” dan seterusnya.
Cara semakan jenis GPU melalui DirectX Diagnostic Tool pada Windows 7
Bagi pengguna Windows versi lama seperti Windows 7, anda boleh membuat semakan melalui DirectX Diagnostic Tool. Untuk membukanya, tekan kekunci Windows + R dan taipkan “dxdiag” pada kotak dialog yang dibukan, dan tekan Enter.
Klik pada tab “Display” dan lihat pada ruangan “Name” dan di dalam bahagian “Device”. Anda juga boleh melihat statistik-statistik lain seperti memori video (VRAM) pada GPU anda.
Kesimpulan
Selepas saya membuat semakan, saya mendapati kad GPU pada PC saya adalah lebih rendah dari spesifikasi minimum GPU yang telah diperlukan untuk memainkan Dragon Ball Fighter Z.
Oleh itu, saya terpaksa berpuas hati dengan bermain permainan komputer yang rendah keperluan GPU seperti Plant vs Zombie, Zuma Deluxe, Feeding Frenzy dan Solitaire buat masa ini.
Imej pengatas dari 123rf