Utama Mobile Android Xiaomi didapati merekod data penggunaan Internet & Telefon Penggunanya

Xiaomi didapati merekod data penggunaan Internet & Telefon Penggunanya

1001
0

Amat jarang Xiaomi dikaitkan dengan hal-hal berkaitan privasi pengguna. Namun, perkembangan terkini dari jenama pengeluar dari China ini mungkin sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya.

Forbes melaporkan Xiaomi didapati merekodkan penggunaan internet dan telefon jutaan penggunanya. Penemuan ini hasil dari wawancara bersama pakar keselamatan siber, Gabi Cirlig yang mendakwa Redmi Note 8 miliknya merekod dan menjeja setiap aktiviti yang beliau lakukan pada telefon berkenaan.

Apa yang mengejutkan beliau sendiri adalah penjejakkan tersebut tetap berjalan walaupun beliau sudah memasuki mod “incognito”.

Perekodan data ini dilihat berlaku pada pelayar lalai peranti Xiaomi seperti Mi Browser Pro dan Mint Browser. Pelayar web terbabit yang boleh didapati menerusi Google Play telah dimuat turun lebih dari 15 juta kali.

Selain itu, Encik Gabi Cirlig turut mendakwa Xiaomi Music Player turut merekod aktiviti mendengar muzik yang beliau lakukan menerusi aplikasi terbabit. Segala yang beliau lakukan seperti apa jenis lagu dan bila lagu tersebut dimainkan turut dilogkan ke dalam laporan.

Redmi Note 8 bukanlah satu-satunya peranti Xiaomi yang melakukan aktiviti melog data pengguna. Masalah ini, menurut Gabi Cirlig turut berlaku pada Mi 10, Redmi K20, dan Mi MIX 3.

Data-data tersebut, menurut Xiaomi dihantar ke pelayan-pelayannya dengan berenkripsi. Namun, Gabi Cirlig menyanggah dakwaan tersebut dengan menunjukkan data tersebut boleh dinyahkod kerana menggunakan pengekodan base64 yang boleh dipecah.

Xiaomi memberikan maklum balas berkenaan penemuan ini dengan menafikannya. Privasi dan keselamatan data pengguna merupakan keutamaan syarikat, menurut Xiaomi.

Menurut jurucakap Xiaomi, pihaknya memang ada mengumpulkan data-data penggunaan dari peranti penggunanya bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.