Penggunaan RAM komputer yang rosak boleh menimbulkan pelbagai masalah. Jika anda mendapati komputer anda sering tergendala dan kerap kali perlu restart untuk menggunakannya, anda mungkin perlu memeriksa keadaan RAM anda.
Random Access Memory (RAM) akan mengalami kemerosotan prestasi apabila tiba waktunya suatu masa nanti. Tiada ada apa yang kekal di dunia ini termasuklah RAM anda. Simptom-simptom ‘penyakit’ yang sering berlaku apabila RAM anda perlu digantikan adalah PC kerap tergendala (hang), restart sendiri dan juga kehadiran BSOD (Blue Screen Of Death).
Terdapat sesetengah kes di mana, komputer yang bermasalah dengan RAM ini boleh digunakan seperti biasa bila ia baru dihidupkan, tetapi lama kelamaan ianya mula slow sehinggalah ia ‘hang’ dan akan pulih semula selepas restart. Itupun juga merupakan salah satu tanda-tanda RAM yang sudah rosak.
Sebelum anda mendapatkan RAM yang baru, sebaiknya anda perlu melakukan diagnostik untuk mengesan RAM mana yang benar-benar perlu untuk digantikan.
Panduan mengesan RAM yang bermasalah pada PC
Di dalam Windows, turut disediakan alatan untuk melakukan diagnostik terhadap memori komputer anda. Untuk mendapatkan alatan ini, anda hanya perlu taipkan memory pada kotak carian (Start > Search untuk Windows 7, sebelah butang Start untuk Windows 10). Dari situ, pilih Windows Memory Diagnostic.
Dari tetingkap yang dipaparkan, klik Restart now and check for problems.
Windows akan dimatikan dan komputer akan dihidupkan semula bentuk program diagnostik memori. Sementara itu, anda hanya perlu tunggu untuk beberapa minit dan apabila ia selesai, ia akan dihidupkan kembali ke Windows.
Seterusnya selepas selesai dan kembali semula ke Windows, anda taipkan event pada kotak carian dan pilih Event Viewer.
Pada bahagian tepi kanan Event Viewer, kembangkan Windows Logs dan klik pada System. Kemudian, klik kanan pada System (anda perlu klik terlebih dahulu pada System sebelum klik kanan) dan pilih Filter current log.
Seterusnya, satu kotak dialog baru akan dibuka. Dari kotak dialog berkenaan, pilih menu drop down pada Event Source dan cari MemoryDiagnostics-Results dan tandakan pada kotak disebelahnya. Klik OK dan tutup kotak dialog.
Kembali ke Event Viewer, sebuah senarai berkenaan diagnosa memori akan dipaparkan.
Klik pada senarai berkenaan dan maklumat lanjut berkenaan memori anda diceritakan di dalam log ini.
Jika event viewer memaklumkan bahawa terdapat masalah pada RAM anda (contoh diatas menunjukkan komputer ini tiada masalah RAM), matikan komputer anda dan tanggalkan RAM-RAM dan tinggalkan hanya satu sahaja. Kemudian hidupkan semula komputer dan ulangi langkah-langkah diagnosa RAM seperti yang diterangkan di dalam artikel ini. Ulang untuk setiap RAM sehingga anda dapat benar-benar dapat mengesan RAM mana satu yang bermasalah.
Assalamualaikum Encik,
Nak tanya, Sy ada tambah RAM jadi sy buat pemeriksaan dengan Window Memory Diagnosis..selepas itu sy gunakan Event Viewer..namun tiada Window Diagnosis Result yang keluar selepas Filter dilakukan. Punca sy untuk membuat pemeriksaan ini kerana laptop sy hang..jadi sy syak berkemungkinan RAM yang bermasalah.Sy berharap Encik, boleh membantu sy
Sekian, Terima Kasih
Waalaikumsalam. Ada dua kemungkinan dari masalah tersebut samada RAM atau hard disk PC berkenaan. Utk masalah RAM, mungkin boleh cuba uji satu2 setiap RAM yg dipasangkan.
Utk hard disk pula, boleh semak task manager utk lihat sama ada penggunaan hard disk 100% sepanjang masa atau tidak.
Berkemungkinan besar RAM yang ditambah itu mungkin bermasalah. Mungkin boleh diuji pada peranti lain atau cuba tukar dengan RAM lain. Jika masalah yang sama masih lagi berlaku, mungkin terdapat masalah pada motherboard laptop berkenaan.
Terima Kasih Encik..Laptop ini, baru beli Acer Nitro 5..sy akan rujuk semula ke Kedai. Terima Kasih sekali lagi.
asskum..laptop sya acer aspire 4752 bila on dkat skrin warna putih dan ada line2..adakah msalah dripda RAM tuan? t.kasih
Waalaikumsalam. Masalah skrin warna putih dan bergaris ni biasanya disebabkan kerosakan sama ada pada monitor laptop atau pada motherboard.
Boleh cuba sambungkan pada monitor external untuk check sama ia disebabkan kerosakan monitor laptop atau motherboard.
Jika paparan pada monitor external elok menyala, kemungkinan monitor laptop itu yg ada masalah. Jika tiada juga paparan pada external monitor tu, mungkin motherboard laptop itu mengalami kerosakan.
As salam en..sy bru tukar ram laptop..dri 2gb kpd 8gb..tpi dkt skrin keluar skrin biru dan tulis pc problem dan akn restart semula..knp ea mcm tu
Mungkin terdapat masalah pada RAM baru yang dipasangkan tu. Cuba cabut semula dan pasangkan semula dengan RAM lama untuk uji punca sebenar.
Assalamualaikum,screen pc sy blank pastu ok pastu blank…adakah problem RAM….
Ada banyak faktor untuk menentukan kenapa skrin PC menjadi gelap selepas dihidupkan. Adakah ketika dihidupkan terdapat bunyi seperti ‘beep’ berulang kali atau berterusan?
Periksa juga sama ada kipas PC berkenaan berpusing dan lampu petunjuk lain seperti HDD menyala atau tidak. Boleh jadi ada masalah paparan (monitor) atau pada grafik papan induk.
Lps on pc..kn tekan f1 n esc..pastu baru mask password…setiap kali on…beginilah situasi
cuba masuk ke dalam BIOS setting, kemudian verify sebarang perubahan hardware, save configuratons, kemudian exit. Jika masih berlaku lagi, mungkin bateri CMOS PC berkenaan bermasalah.
Salam tuan masa saya gunakan cara ini charger sy plug in….selepas sy follow sampai habis cara ni sy cabut charger laptop mati…laptop boleh on kalau saya plug in charger shj lepastu kenapa ya laptop saya jadi hang…
Kemungkinan besar bateri laptop tuan mempunyai masalah. Mungkin boleh cuba tanggalkan bateri laptop tu, dan kemudian cuba pasang dengan menggunakan charger tanpa bateri.
Assalamualaikum..haritu saya upgrade RAM dari 4gb ke 8gb tpi bila dah pkai RAM 8gb tu laptop sya slalu freeze apa masalahnya tuan?
Waalaikumsalam.
Sebelum tu, boleh saya tahu sama RAM tersebut adalah yang baru dibeli atau dari laptop lain? Boleh jadi RAM yang baru dipasang tersebut mungkin ada masalah.
Jika tidak keberatan, cuba semak dengan menggunakan aplikasi MemTest yang boleh dimuat turun di sini, https://www.memtest86.com