Utama Komputer Cara kesan ada orang curi Wi-Fi anda dengan menggunakan router

Cara kesan ada orang curi Wi-Fi anda dengan menggunakan router

2108
0

Rata-rata pemilik rangkaian wi-fi tidak suka bila rangkaian milik mereka diceroboh dan digunakan oleh pihak lain tanpa keizinan. Ia bukan sahaja boleh menghabiskan kuota data pemiliknya, malah boleh menjadikan capaian ke internet menjadi lebih perlahan.

Pemilik rangkaian juga terdedah dengan risiko keselamatan apabila rangkaian wi-fi diceroboh jika penceroboh berkenaan boleh mengakses ke fail-fail sulit pemilik dan juga menggunakan rangkaian berkenaan untuk aktiviti-aktiviti jenayah siber seperti memuat turun fail cetak rompak dan menyebarkan virus.

Lagi satu, paling penting, “Aku penat-penat bayaq bil Unifi bulan-bulan, sukati hang pa ja nak pakai free!”

Untuk itu, beberapa langkah pencegahan dan pemantauan boleh diambil bagi mengelakkan masalah pencerobohan ini berlaku seperti;

Periksa router wi-fi anda

Pertama sekali perkara yang perlu anda lakukan adalah login ke bahagian admin router anda. Cara untuk memasuki bahagian admin router anda adalah menaip alamat IP router melalui pelayar web (Chrome, Firefox, Internet Explorer dll). Selalunya, alamat yang digunakan adalah 192.168.1.1 atau 192.168.0.1, bergantung dengan jenis router yang digunakan.

Kalau anda tak tahu apa alamat IP router, anda boleh taipkan [highlight color=”gray”]ipconfig[/highlight] pada Command Prompt Windows anda. Alamat IP untuk router akan terpapar pada Default Gateway di bawah ruangan Local Area Connection.

Bagi pengguna Mac pula, alamat router boleh diperoleh melalui Network, dibawah System Preferences. Alamat router berkenaan akan tertera bersebelah “Router:” jika anda menggunakan kabel dan jika menggunakan wi-fi, pergi pada tab TCP/IP.

Seterusnya, sebaik sahaja anda mendapatkan alamat router, login ke bahagian admin. Jika anda tidak tahu ID dan kata laluan default router anda, sila rujuk pada pautan PDF ini. Sebaik sahaja anda berjaya masuk, sila tukarkan login ID dan kata laluan router default admin itu tadi dengan kata laluan baru mengikut pilihan anda sendiri.

Dlink Client Table
Imej diperoleh dari D-Link Singapura

Di dalam bahagian pengurusan router, anda perlu mencari ruangan yang menerangkan tentang peranti-peranti yang bersambungan dengan router dan status. Untuk model D-Link, biasanya ia terletak pada Status > Wireless. Untuk Linksys pula, ia terletak pada DHCP Clients Table. Lain model, lain nama yang digunakannya, tapi bendanya tetap sama.

Sebuah jadual berserta maklumat berkenaan setiap peranti yang bersambungan akan dipaparkan, lengkap dengan alamat IP, MAC dan lain-lain. Dari senarai berkenaan, anda boleh semak dan perincikan mana satu peranti penceroboh yang bersambungan dengan rangkaian wi-fi tanpa pengetahuan anda.

Jika anda mengesyaki terdapat peranti-peranti yang meragukan bersambung dengan rangkaian wi-fi anda, cuba anda tukarkan kata laluan wi-fi anda dengan kata laluan yang baru.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.