Utama Komputer Cara baiki masalah BOOTMGR is missing yang menyebabkan komputer tak boleh dihidupkan

Cara baiki masalah BOOTMGR is missing yang menyebabkan komputer tak boleh dihidupkan

3503
0

Jika komputer anda menghantar mesej ralat sebelum ia memuatkan Windows, besar kemungkinan boot sector pada system partition komputer anda telah rosak, corrupt atau kehilangan fail. Untuk memahami permasalahan ini, anda perlu mengetahui apa itu boot sector dan Master Boot Record.

Boot sector merupakan sebahagian kecil pada permulaan hard disk yang diwujudkan tiap kali anda melakukan format terhadap pemacu anda. Ia mengandungi kod-kod dan data untuk membantu BIOS menguruskan kawalan proses startup Windows.

Boot sector turut menempatkan Master Boot Record (MBR) yang mengandungi tandatangan (signature) untuk disk, jadual partition dan master boot code.

Apabila PC dihidupkan, rutin power-on akan diuruskan oleh BIOS dan seterusnya BIOS akan memuatkan master boot code ke dalam RAM PC untuk menyerahkan tugas seterusnya kepada RAM. Master boot code diperlukan mengimbas jadual partition, menentukan partition mana yang aktif, memuatkan salinan boot sector  ke dalam RAM dan seterusnya membuat serahan tugas kepada RAM. Proses yang dinamakan bootstrapping inilah yang membenarkan bit-bit terawal pada kod Windows dimuatkan.

Boot sector juga boleh mengalami masalah yang sama dengan mana-mana bahagian pada pemacu anda seperti kehilangan fail, fai-fail menjadi corrupt dan juga kerosakan fizikal. Bila proses boot loader gagal, anda akan mendapati mesej-mesej ralat seperti ini;

  • Error loading operating system
  • Missing operating system
  • Reboot and select proper boot device
  • Invalid partition table
  • Bootmgr is missing
  • FATAL: No bootable medium found! System halted.

Jika mesej-mesej seperti di atas muncul, Windows anda tidak boleh dimulakan (BOOTMGR) dan anda perlu menggunakan Windows Recovery.

Nota: Tapi jika Windows anda boleh load Windows tapi berhenti sekerat jalan, ia bukanlah masalah pada bootloader. Ini anda perlu betulkan dengan menggunakan cara Safe Mode dan mungkin boleh cuba System Restore untuk pulihkan komputer anda.

Boot dari Windows Installation Media atau Recovery Partition

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghidupkan komputer anda keadaan Windows Recovery. Berkemungkinan besor, komputer anda mempunyai recovery partition khusus yang membolehkan anda masuk ke keadaan Windows Recovery tanpa memerlukan pemacu fizikal.

Macam mana keadaannya? Bergantung dengan jenama apa komputer desktop/laptop yang anda gunakan. Tapi jangan bimbang, sewaktu keadaan yang memerlukannya, anda akan melihat terdapat notis yang memberitahu anda kekunci apa yang perlu ditekan untuk memulakan proses pemulihan (recovery) itu tadi.

Kalau takda recovery partition macam mana? Korang boleh jugak pakai DVD atau USB yang mempunyai installer Windows di dalamnya.

Kalau itupun takda jugak. Korang pergi atau pinjam mana-mana komputer yang OK ada sambungan internet untuk download Windows 10 atau Windows 7 secara halal dari Microsoft. Asalkan korang ada product key yang sah. (Pirate punya aku tapayana ajar, korang semua lagi handei dari aku)

Takpun, kalau komputer anda masih dalam keadaan OK, eloklah download siap-siap untuk recovery drive tu. Mana la tau esok lusa komputer anda piang secara tiba-tiba.

Berbalik kepada langkah memulakan pemulihan Windows tadi, jika anda menggunakan installer DVD, klik sehingga anda mendapati paparan Windows Installation muncul. Kemudian, klik pada “Repair your computer“. Bagi anda yang menggunakan recovery partition atau repair disc, paparannya mungkin sedikit berbeza namun langkah seterusnya sama sahaja untuk memulihkan kembali Windows.

Windows kemudiannya akan membawa anda ke dalam keadaan pemulihan. Pada halaman pertama, klik pada pilihan “Troubleshoot”.

Halaman Advanced Options akan hadir seterusnya dan mengandungi pilihan-pilihan yang diperlukan untuk anda melakukan pemulihan semula komputer anda.

Kalau korang yang guna Windows 7 tu, paparannya kelihatan sedikit berbeza. Tapi fungsinya lebih kurang sama juga yang mana memberikan anda pilihan untuk melakukan pemulihan semula.

Repair Startup Automatically

Dalam kebanyakan kes, anda patut membiarkan Windows cuba melakukan pembetulan startup secara automatik. Ia bukan sekadar membaiki Master Boot Record atau membuat semula boot sector, ia juga akan mencari dan cuba membaiki masalah-masalah lain pada startup. Pada halaman Advanced Options itu tadi, ketik “Startup Repair”.

Halaman seterusnya akan menunjukkan kesemua sistem operasi yang dapat dikesan pada PC anda dan klik pada sistem operasi mana yang anda ingin perbetulkan.

Windows akan mula memeriksa masalah startup dan mula melakukan pembaikan.

Apabila proses pembaikan selesai, Windows akan memaklumkan kepada anda sama ada kerja-kerja pembaikan telah berjaya atau tidak. Mana-mana pun, ia akan memberikan pilihan kepada anda sama ada restart PC atau kembali semula ke halaman Advanced Options itu tadi.

Jika Windows gagal membaiki PC anda secara automatik, anda boleh cuba membaiki Master Boot Record atau membina semula boot sector secara manual melalui Command Prompt. Selalunya, kalau dah repair automatic ni pun tak boleh baiki, guna Command Prompt pun sama jugak sebab langkah kerja yang dilakukan tu sama je. Tapi, kalau nak cuba jugak, terpulanglah.

Langkah yang perlu dilakukan selepas recovery

Selepas anda berjaya memulihkan kembali komputer anda, apa yang anda perlu lakukan adalah melakukan chkdsk bagi memastikan tahap integriti sistem fail dan hard disk anda. Terdapat kemungkinan yang besar masalah-masalah ralat bootloader ini berpunca dari masalah fizikal pada hard disk anda.

Kemudian, anda juga perlu melakukan sfc /scannow bagi mengesan dan membetulkan sebarang fail-fail sistem yang corrupt. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa fail-fail anda benar-benar tiada masalah dan dapat mengesan sebarang masalah pada peringkat awal.

Sumber How To Geek

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.