Utama Mobile Aplikasi Polis ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan ‘Boss James’ Palsu derma...

Polis ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan ‘Boss James’ Palsu derma Yamaha MX King 150, RM7,000

452
0
Boss James Palsu Yamaha MX King 150

Baru-baru ini dilaporkan terdapat sebuah kandungan tular yang mengatakan pembuat kandungan permotoran popular ‘Boss James’ menawarkan hadiah sebuah motosikal Yamaha MX King 150 dan wang tunai RM7,000 kepada peminat-peminatnya secara rawak.

Kandungan tersebut bagaimanapun dibuktikan palsu menurut kenyataan media oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Ia bukanlah datangnya dari Boss James sebenar, sebaliknya datang dari sebuah laman Facebook palsu yang menggunakan nama yang sama.

“Anda kenal siapa itu Boss James? Ya, individu media sosial yang mempromosikan kandungan video mengandungi nilai-nilai murni untuk kebaikan bersama. Jangan mudah terpedaya dengan hebahan yang dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan dari kelalaian anda,”

Lanjutan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis di Facebook, pihak Boss James yang sebenar telah menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada di atas tindakan pantas yang telah diambil.

Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan mengamalkan sikap sentiasa berwaspada terhadap sebarang maklumat yang diperoleh di laman-laman media sosial terutamanya yang terlalu indah untuk dipercayai.

Tindakan bersama pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani gejala penipuan di laman media sosial mampu mengekang kegiatan tersebut dari terus menular.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.