Utama Mobile Aplikasi Anda kini boleh menggunakan ChatGPT melalui Mesej WhatsApp

Anda kini boleh menggunakan ChatGPT melalui Mesej WhatsApp

122
0

OpenAI sedang di dalam usaha menjadikan ChatGPT lebih mudah untuk diakses dengan terkini menawarkan perkhidmatan tersebut menerusi mesej WhatsApp. Caranya adalah dengan menghantar mesej ke nombor 1-800-242-8478.

Oleh kerana ia menggunakan melalui chatbot, anda tidak perlu melog masuk akaun OpenAI anda dan ia sama seperti menggunakan ChatGPT tanpa log masuk. Ini bermakna ia tidak boleh menjana imej, dan tidak boleh menggunakan ciri cariannya. Pastinya, anda juga tidak boleh menjemput masuk ChatGPT ini ke dalam WhatsApp group famili anda.

Penggunaan ChatGPT ini juga hanya terhad untuk beberapa mesej dalam satu hari. Buat masa ini OpenAI tidak menyatakan angka bilangannya yang spesifik dan pengguna hanya akan dimaklumkan apabila telah mencecah had untuk hari tersebut.

Bagi pengguna yang berada di Amerika Syarikat atau Kanada, panggilan suara juga boleh dibuat ke nombor talian ChatGPT berkenaan. Hanya 15 minit sahaja dibenarkan untuk setiap nombor dalam tempoh sebulan. Untuk fungsi panggilan suara dan teks melalui WhatsApp ni, OpenAI menyatakan ia disesuaikan “mengikut kapasiti yang diperlukan.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.