BJAK telah mengeluarkan kenyataan yang menegaskan pembaharuan cukai jalan yang ditawarkannya adalah perkhidmatan tambahan untuk pelanggan-pelanggannya. Ia merupakan maklumbalas kepada kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam yang menjelaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BJAK tidak diluluskan oleh jabatan berkenaan dan juga Kementerian Pengangkutan.
Menurut BJAK, perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang ditawarkannya beroperasi seperti biasa dan kini ditawarkan tanpa sebarang bayaran. Perubahan tersebut ditawarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan menjimatkan untuk pelanggannya.
Kepada pelanggan yang dikasihi,
Kami ingin mengemukakan kemas kini terkini mengenai berita terbaru.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh di sini: https://t.co/m659qC3Rgc #PenghargaanPelanggan #BJAK #PembaharuanCukaiJalan pic.twitter.com/t82EBZsHoS
— BJAK (@bjakmy) May 6, 2024
Tambah pihak syarikat lagi, kempen cukai jalan percuma yang ditawarkannya merupakan sebahagian daripada inisiatif swasta yang disasarkan bagi meningkatkan nilai pengguna tanpa penglibatan mana-mana agensi berkaitan kerajaan. Berhubung dengan isu yang diutarakan oleh JPJ, BJAK menjelaskan pihaknya kini sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pemilik kenderaan di Malaysia.
Platform berkenaan juga menegaskan perkhidmatan utamanya adalah pada perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan motor bersama-smaa perkhidmatan VIP khas untuk pelanggannya.