Utama Mobile Aplikasi Binance telah diarah menghentikan operasinya di Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Binance telah diarah menghentikan operasinya di Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC)

504
0
Imej dari Getty melalui Engadget

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengumumkan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap bursa aset digital, Binance. Tindakan ini diambil atas dakwaan mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram.

Binance secara rasminya tidak didaftarkan sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (Recognized Market Operator, RMO) di Malaysia. Atas sebab itu, ia didapati telah melanggar Seksyen 7 (10) dan 34 (1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Berikutan dari itu, Binance telah diarahkan untuk menghentikan akses ke laman web rasmi dan aplikasi mudah alihnya di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari 26 Julai 2021.

Selain itu, bursa aset digital ini juga perlu menghentikan segala aktiviti sebaran media dan pemasaran di Malaysia dengan kadar segera. Selain itu, pelabur-pelabur dari Malaysia juga perlu dihalang dari mengakses ke kumpulan Telegram Binance.

Buat masa ini, terdapat hanya tiga bursa aset digital (DAX) yang dibenarkan beroperasi di Malaysia, iaitu:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.