Utama Teknologi Televisyen Beza teknologi TV QLED vs TV OLED; Mana satu yang sesuai untuk...

Beza teknologi TV QLED vs TV OLED; Mana satu yang sesuai untuk anda

1232
0
QLED vs OLED
Imej dari Samsung Global

Apabila memilih televisyen baharu, terdapat dua teknologi yang perlu ambil tahu buat masa ini iaitu QLED dan OLED. Kedua-duanya menawarkan kualiti gambar yang cemerlang, namun mempunyai perbezaan dari segi kelebihan dan kekurangan masing-masing.

QLED yang bermaksud Quantum Dot Light Emitting Diode merupakan sejenis TV LED yang menggunakan lapisan titik (dot) kuantum bagi meningkatkan kejituan warna sesebuah paparan. TV QLED mampu menawarkan warna yang lebih cerah dan berseri berbanding TV LED biasa.

Manakala OLED pula bermaksud Organic Light Emitting Diode. Ia merupakan TV yang menggunakan molekul-molekul organik untuk menghasilkan imej-imejnya. TV OLED boleh menghasilkan warna hitam yang jitu dan kontras yang baik bagi menghasilkan tontonan yang lebih imersif.

Secara ringkasnya perbandingan antara TV QLED dengan OLED adalah seperti berikut:

TV QLED

Kelebilan TV QLED

  • Warna lebih terang dan berseri
  • Kadang-kadang lebih murah dari OLED
  • Sudut tontonan yang lebih baik

Kekurangan TV QLED

  • Tidak dapat menghasilkan warna hitam yang jitu
  • Tidak begitu bagus apabila menonton dalam keadaan yang gelap

TV OLED

Kelebihan TV OLED

  • Mampu menghasilkan warna hitam yang lebih sempurna
  • Kontras yang cemerlang
  • Lebih kepuasan apabila menonton di dalam gelap
  • Sudut tontonan yang lebih luas

Kekurangan TV OLED

  • Kadangkala lebih mahal berbanding TV QLED
  • Lebih cenderung mengalami kerosakan burn-in

Pun begitu, cara terbaik untuk anda sendiri memutuskan teknologi TV mana yang serasi dengan jiwa anda adalah dengan hadir ke kedai barangan elektrik. Anda boleh mengunjungi premis-premis seperti berikut untuk mengalami sendiri dengan lebih dekat TV pilihan anda:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.