Astro memperkenalkan saluran berdefinisi tinggi (High Definition, HD) untuk platform televisyen satelit percumanya, NJOI. Menerusi langganan baharu Pek NJOI HD, anda berpeluang menikmati 10 saluran HD pada harga RM15 untuk 30 hari.

Pek tersebut akan mula ditawarkan esok, 28 April 2021 ini akan menyediakan 10 saluran HD seperti berikut:

  1. Astro Prima
  2. Astro Oasis
  3. Astro Vaanavil
  4. Astro Xiao Tai Yang
  5. Astro AEC
  6. CCTV4
  7. Astro Awani
  8. Hello
  9. eGG
  10. Astro Arena

Dalam perkembangan berkaitan, Astro turut memperkenalkan aplikasi My NJOI yang sedia untuk dimuat turun bermula esok di Apple Appstore dan Google Playstore.

Aplikasi ini dapat memudahkan urusan pembelian pek dan saluran-saluran NJOI yang sebelum ini boleh dibuat menerusi saluran 200, laman web rasmi NJOIWhatsApp NJOI dan wakil-wakil jualan isian semula nilai kredit NJOI yang sah.

Astro turut menawarkan promosi penggunaan aplikasi My NJOI dengan menawarkan 5,000 pelanggan pertamanya yang membeli Pek NJOI HD di aplikasi My NJOI. Pembeli akan menerima rebat RM10 jika membuat pembelian tersebut sepanjang tempoh dari 28 April 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Selain itu, pelanggan-pelanggan yang membeli pek prabayar saluran HD terpilih akan menerima rebat RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan platform NJOI, anda boleh melayari di laman web rasmi NJOI atau melalui WhatsApp di talian 03-9543 8100.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.