Vivo V21 Series

Vivo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar baharunya, Vivo V21 5G and V21e. Kedua-dua telefon pintar ini menampilkan rekaan yang amat nipis pada ukuran 7.29mm, serta kamera dengan sokongan OIS untuk kamera belakang dan hadapannya. Apa yang membezakan kedua-duanya adalah pada jenis cipset yang digunakan.

Kedua-dua variasi telefon pintar ini menggunakan paparan AMOLED HD+ Penuh 6.44-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Selain itu, ianya turut menempatkan sebuah kamera 44MP berkeupayaan OIS di sebelah hadapannya yang amat berguna untuk mengambil imej atau video di dalam keadaan kurang pencahayaan.

Turut disediakan, dua buah ‘lampu sorot’ pada bingkai sebelah atasnya bagi meningkatkan kejelasan imej dan video yang di ambil dari kamera hadapan.Vivo V21

Untuk perkakasannya, Vivo V21 dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 800U. Manakala V21e pula didatangkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 720G. Kapasiti RAM dan storan bagi kedua-dua variasi ini adalah sama iaitu RAM 8GB dan storan 128GB.Vivo V21 Flat Desing

Apa yang menarik siri telefon pintar ini mampu meningkatkan kapasiti RAM sehingga 11GB dengan mengunakan fungsi ‘Extended RAM’ yang terbina dalam. Ia dapat dilakukan dengan mengambil 3GB dari storan dan mengbahkannya kepada RAM. Fungsi yang amat berguna bagi yang meningkatkan kelancaran ketika sedang memainkan permainan mudah alih atau aplikasi yang tinggi penggunaan sumbernya.Vivo V21 Camera OIS

Fotografi bagi kamera belakang siri telefon pintar ini menampilkan tetapan tri-kamera yang mengandungi kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Seperti yang dinyatakan tadi, kedua-dua variasi siri ini dilengkapkan dengan teknologi penstabil imej optikal (OIS) bagi mengurangkan goncangan ketika mengambil foto atau video.

Siri telefon pintar Vivo V21 baharu ini akan mula dijual di Malaysia pada 5 Mei 2021 dengan pra-tempahannya sudah pun bermula sejak semalam. V21 dengan cipset Dimensity 800U dijual pada harga RM1,599, manakala V21e yang menggunakan Snapdragon 720G pula dijual dengan harga RM1,299.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.