Utama Telco Astro Astro terkesan dari kurang langganan, Catat Penurunan Untung Bersih 84% untuk Suku...

Astro terkesan dari kurang langganan, Catat Penurunan Untung Bersih 84% untuk Suku Pertama 2023

381
0

Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd merosot kepada RM15.89 juta pada tempoh suku pertama tahun kewangan 2024 yang berakhir 30 April 2023 berbanding RM100.02 juta tahun lepas.

Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ini adalah disebabkan oleh pengurangan dalam hasil langganan, pengiklanan dan jualan barang dagangan. Ia juga melebihi rangsangan diterima daripada cukai yang lebih rendah, menurut Penganalisis Kenanga Research, Teh Kian Yeong.

Pendapatan Astro juga mencatatkan kemerosotan sebanyak 7.38 peratus kepada RM891.13 juta berbanding RM962.09 juta sebelum ini. Berdasarkan segmen, pendapaptan dari televisyen 5.7 peratus lebih rendah iaitu RM810.6 juta dari sebelumnya RM859.2 juta. Ini berikutan penurunan julah pendapatan langganan dan pengiklanan.

Untuk segmen radio pula, pendapatan yang diraih berjumlah RM46.3 juta atau 13.1 peratus lebih rendah berbanding RM48.8 juta sebelum ini. Antara faktor penyumbang kepada penurunan ini disebabkan oleh kos pengiklanan yang lebih tinggi untuk aktiviti melibatkan acara besar seperti Piala Dunia FIFA dan juga sambutan Tahun Baru dalam tempoh sukuan tersebut.

Seterusnya, untuk jualan terus ke rumah, pendapatan sukuan semasa dicatatkan sebanyak RM34.2 juta, kurang 36.7 peratus berbanding sebelumnya yang mencatatkan sebanyak RM54 juta. Pendapatan untuk segmen ini dijangka suram berikutan peningkatan kos sara hidup dan juga kadar faedah.

Astro mensasarkan untuk melabur dalam memberikan pengalaman kadnungan terbaik di seluruh platformnya. Antaranya menghasilkan kadnungan tempatan dengan produksi bernilai tinggi dan sutradara premium menerusi Astro Original.

Selain itu, usaha menambahbaik kualiti melalui penawaran produk baharu seperti aplikasi penstriman Sooka, langganan jalur lebar dan juga pengiklanan dipergiatkan bagi memantapkan pertumbuhan Astro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.