Buat anda yang melanggan Astro dengan pelan 100Mbps, anda mungkin gembira apabila perkhidmatan penstriman televisyen ini menawarkan pakej WiFi Kencang baharu. Melaluinya, pelanggan sedia ada boleh menikmati internet berkelajuan 500Mbps pada harga RM90 sebulan.
Pelanggan yang sebelum ini melanggan pakej 100Mbps akan ditawarkan dengan naik taraf ke 500Mbps secara percuma. Manakala bagi anda yang melanggan pakej 500Mbps pula boleh menaiktaraf ke 800Mbps.
Naik taraf ini juga didatangkan dengan pelan selama 24-bulan bersama-sama tawaran penstriman percuma untuk sebulan jika anda mendaftar secara dalam talian.
Untuk waktu terhad ini, promosi WiFi Kencang turut menawarkan pelanggan Astro sedia ada rebat RM39 untuk semua pek TV bukan primary. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Astro.