Vientiane, 30 September 2024 – ASEAN Centre for Energy (ACE) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran The ASEAN Energy Outlook edisi ke-8 (AEO8) di ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) ke-42, yang diadakan bersempena dengan ASEAN Energy Business Forum ke-42 (AEBF-24) di Vientiane, Lao PDR. AEO8 ialah laporan utama yang dibangunkan oleh ACE yang berkerjasama rapat dengan ASEAN Member States (AMS) dan juga rakan-rakan kongsi yang berkenaan untuk menyokong
pelaksanaan pelan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC). Laporan AEO8 ini menyediakan analisis menyeluruh bagi setiap jurusan program di dalam landskap tenaga merentas ASEAN dan juga memberikan garis panduan untuk mencapai sasaran tenaga serantau dan negara masing-masing menjelang 2050.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air; yang juga berfungsi sebagai Timbalan Pengerusi Mesyuarat AMEM ke-42. Menurut hantaran di akaun rasmi Facebook beliau, beliau telah mengetengahkan pendirian negara dalam pelbagai isu di bawah bidang tenaga. Antaranya, inisiatif ASEAN Power Grid (APG) sebagai agenda utama sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 bagi memacu peralihan tenaga negara dan ASEAN, agenda pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi negara ke arah pembebasan Greenhouse Gases (GHG) sifar bersih, khususnya pelan National Energy Transition Roadmap (NETR), pelan Hydrogen Eonomy & Technology Roadmap (HETR) dan pelan New Industrial Master Plan (NIMP).
H.E.Phosay Sayasone, Menteri Tenaga dan Galian, Lao PDR, dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Pembukaan Bersama AMEM ke-42 dengan AEBF-24 berkata “Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Lao PDR mengiktiraf kepentingan AEO8 sebagai garis panduan dasar dalam usaha kami mencapai keterjaminan dan daya-tahan masa depan tenaga kita. Laporan ini bukan sahaja sejajar dengan objektif negara kita tetapi juga mengukuhkan visi ASEAN untuk pembangunan mampan.”
AEO8 telah diterbit menggunakan hasil data kritikal daripada kumpulan kerja negara anggota ASEAN, bersama dengan usaha rundingan daripada Regional Energy Policy and Planning Sub-Sector Network (REPP-SSN). AEO8–menyusul The ASEAN Energy Outlook ke-7 (AEO7) yang dilancarkan di Phnom Penh, Kemboja, pada tahun 2022– menawarkan analisis dan unjuran yang lebih komprehensif untuk setiap sektor tenaga di ASEAN, daripada tenaga elektrik kepada kecekapan tenaga, meliputi tempoh dari 2022 hingga 2050 sejajar dengan usaha ASEAN untuk mencapai matlamat neutraliti karbon.
Beni Suryadi, Pemangku Pengarah Eksekutif ACE, menekankan kepentingan AEO8, dengan menyatakan “ACE kekal komited untuk memajukan keterjaminan, kebolehcapaian, keterjangkauan dan kemampanan tenaga di seluruh rantau ASEAN. Pelancaran AEO8 bertujuan menyediakan analisis yang menyeluruh untuk landskap tenaga ASEAN, dengan harapan bahawa laporan ini akan berfungsi sebagai panduan rujukan utama bagi negara anggota ASEAN, menyokong pelaksanaan APAEC demi mencapai sasaran tenaga serantau dan negara masing-masing menjelang 2050.
Menurut AEO8, permintaan tenaga pada tahun 2050 bakal meningkay sehingga 2.6 kali lebih tinggi berbandingan dengan tahun 2022. Pertumbuhan pesat ini menggariskan keperluan mendesak untuk usaha yang diselaraskan di kalangan negara anggota ASEAN
untuk beralih ke arah sumber tenaga yang lebih bersih sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat di seluruh rantau ini.
Untuk memenuhi keperluan dan situasi tenaga yang berlainan bagi setiap negara berkenaan, AEO8 membentangkan empat senario yang berbeza bagi menghasilkan analisis landskap tenaga ASEAN yang lebih komprehensif. Senario Baseline Scenario (BAS) membayangkan situasi di mana tiada usaha tambahan diambil oleh setiap AMS untuk mencapai matlamat kecekapan tenaga dan dasar tenaga boleh diperbaharui sebagai titik rujukan asas. Senario AMS Target Scenario (ATS) pula menerangkan impak sasaran dan dasar negara dengan menampakkan kemungkinan hasil jika strategi sediada dikekalkan. Selain itu, senario Regional Aspiration Scenario (RAS) membayangkan pengoptimuman kos paling rendah dalam sektor tenaga, dengan mengekalkan sasaran APAEC 2025 dan piawaian serantau lain yang berkenaan dan menggunakan kekangan tambahan menjangkaui 2025. Akhir sekali, senario Carbon Neutrality Scenario (CNS) menekankan laluan ke arah neutraliti karbon menggunakan pengoptimuman teknologi pelepasan karbon rendah sambil mengekalkan sasaran APAEC 2025.
Sebagai kesimpulan, AEO8 mendedahkan perkara kritikal seperti berikut:
- Penggunaan tenaga ASEAN masih dikuasai oleh sektor industri dan pengangkutan yang bergantung kuat kepada produk arang batu dan petroleum. Secara keseluruhan, permintaan tenaga dijangka meningkat sebanyak 2.6 kali ganda dari 2022 hingga 2050.
- Mencerminkan sasaran APAEC di bawah Senario Sasaran AMS, kapasiti tenaga terpasang (overachieve) di rantau ASEAN akan disokong oleh sumber tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy ataupun RE) sebanyak 39.6% dan 31% (tertutup) pengurangan EI menjelang 2025. Menjelang 2030, ia akan mencapai 23.5% daripada sumber tenaga boleh diperbaharui dalam jumlah Total Primary Energy Supply (TPES). Sementara itu, sumber RE dalam kapasiti terpasang boleh mencapai 44.1% dan pengurangan EI boleh mencapai 40.2%.
- Teknologi baru muncul mula memasuki campuran tenaga ASEAN. Sebagai contoh, dalam scenario CNS, teknologi nuklear akan wujud bermula dari 2032 manakala penjana tenaga pasang surut & gelombang dalam kapasiti terpasang dijangka untuk tahun 2035. Bahan api baharu dalam sektor permintaan termasuk Hidrogen dan Sustainable Aviation Fuel (SAF), yang akan diperkenalkan di TFEC rantau ini menjelang 2023 dan 2025.
AEO8 dibangunkan khusus menjadi sumber kritikal untuk memperkasakan usaha AMS dalam mencapai keterjaminan, kebolehcapaian, keterjangkauan dan kemampanan tenaga di rantau ini. Menerusi ketersediaan analisis dan unjuran yang terperinci, AEO8
bakal membantu AMS menangani kerumitan peralihan tenaga di peringkat global dan juga cabaran serantau di masa yang akan datang.
Baca The ASEAN Energy Outlook ke-8: go.aseanenergy.org/AEO8