Utama Komputer Orange Esports Cafe dan Logitech Malaysia umumkan perkhidmatan sewaan PC Gaming Terus...

Orange Esports Cafe dan Logitech Malaysia umumkan perkhidmatan sewaan PC Gaming Terus ke Rumah

1051
0

Orange Esports Cafe, sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam dunia sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia telah melancarkan perkhidmatan baru yang dikenali sebagai Play@Home Rental Initiative dengan kerjasama Logitech Malaysia. Perkhidmatan ini menawarkan khidmat sewaan PC gaming kepada pengguna.

Diperkenalkan khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, terdapat dua spesifikasi PC gaming dengan periferal gaming Logitech yang boleh disewa untuk tempoh sama ada 2 minggu atau sebulan.

PC gaming yang untuk disewa ini hadir dengan aplikasi permainan yang telah dipra-pasang iaitu DOTA 2, CS:GO, Fortnite, Apex Legends dan PUBG. Bagaimanapun, khidmat sewaan ini hanya boleh ditawarkan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Cas penghantaran sebanyak RM 30 akan dikenakan untuk setiap PC yang disewa.

Melalui perkhidmatan sebegini, diharapkan dapat membantu para pemain-pemain permainan komputer mengasah kemahiran masing-masing di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Bersama kita tangani wabak COVID-19 dengan mematuhi arahan PKP dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.