Utama Mobile Android Apple menang kes mahkamah, larang jualan telefon pintar Samsung

Apple menang kes mahkamah, larang jualan telefon pintar Samsung

1127
0

Apple berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Samsung dari menjual telefon pintar Samsung atas alasan telah melanggar hak cipta yang telah dipatenkan oleh Apple. Bagaimanapun, oleh kerana proses perundangan memakan masa yang terlalu panjang, Samsung tak kisah pun dengan ini semua memandangkan Samsung sudah tidak lagi mengeluarkan model-model telefon pintar berkenaan.

Sewaktu perbicaraan, terdapat tiga perkara yang dibangkitkan sebagai hujah pelanggaran akta hak cipta Samsung terhadap Apple. Paten-paten tersebut adalah, “data detection/linking” atau juga dikenali sebagai “quick links”, “slide to unlock” dan juga paten untuk ciri autocorrect. Samsung telah didapati bersalah kerana telah melanggar hak cipta terpelihara ketiga-tiga paten berkenaan walaupun ciri berkenaan sudah tidak digunakan lagi secara menyeluruh.

Hanya fungsi “quick links” sahaja yang mungkin memberi kesan terhadap telefon pintar Samsung keluaran yang terbaru. Itupun, boleh buat “dono” je memandangkan paten berkenaan akan luput pada Februari 2016.

Berikut adalah telefon-telefon pintar Samsung yang dilarang penjualannya di Amerika Syarikat:

  • Samsung Admire
  • Galaxy Nexus
  • Galaxy Note
  • Galaxy Note II
  • Galaxy S II
  • Galaxy S II Epic 4G Touch
  • Galaxy S II Skyrocket
  • Galaxy S III
  • Samsung Stratosphere

Keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa perintah mahkamah boleh digunakan untuk memaksa para pesaing untuk membuang satu-satu fungsi pada peranti keluaran mereka, walaupun ianya memakan masa yang agak lama. Sudah pasti, Apple berpuas hati dengan keputusan ini kerana merasakan undang-undang telah menyebelahinya.

Samsung pula dilihat kecewa dengan keputusan mahkamah ini, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg dan berpendapat, Apple telah menunjukkan sisi hodoh undang-undang yang boleh dimanipulasikan.

-Sumber berita diperoleh dari Ars Technica

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.