Utama Apple Apple dikatakan tidak berhasrat untuk membeli Manchester United

Apple dikatakan tidak berhasrat untuk membeli Manchester United

596
0
Apple Manchester United

Apple buat masa ini tidak membuat sebarang perancangan untuk mengambil alih kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United menurut sumber rapat dengan kelab berkenaan.

Terdahulu, laporan dari tabloid Britain The Daily Star mendakwa Apple menunjukkan minat untuk membeli Manchester United pada harga £5.8 billion (~RM31.59 billion). Bagaimanapun, sumber dalaman dari Macrumors pula menjelaskan berita tersebut adalah palsu.

Manchester United mempunyai pegangan majoriti yang dimiliki oleh keluarga Glazer sejak dari 2005. Kelab bolasepak popular tersebut pada Selasa lalu mengumumkan lembaga pengarahnya merancang untuk meneroka alternatif strategik termasuk kemungkinan menjual kelab.

Pengumuman tersebut hadir pada hari yang sama Manchester United mengumumkan pemain bintangnya Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab tidak lama lagi.

Sungguhpun tidak mempunyai rancangan untuk membeli Manchester United buat masa sekarang, Apple kini sedang giat menonjolkan kandungan-kandungan berbentuk sukan. Selain bekerjasama dengan liga bola lisut Amerika Syarikat (Major League Baseball, MLB), Apple turut menjadi penyiar eksklusif Major League Soccer (MLS) liga bola sepak Amerika Syarikat untuk 10 tahun.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.