Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 dijangka menyokong Komunikasi Satelit, mirip iPhone 14 Pro

Samsung Galaxy S23 dijangka menyokong Komunikasi Satelit, mirip iPhone 14 Pro

815
0
Samsung Galaxy S23 Iridium

Samsung dijangka akan mengambil inspirasi dari Apple dengan memperkenalkan sokongan komunikasi satelit pada telefon pintar mercu keluarannya yang akan datang, Galaxy S23.

Berdasarkan penawaran yang disediakan pada iPhone 14 Pro, ciri ini membolehkan panggilan kecemasan digunakan melalui satelit, hasil kerjasama Apple dengan Globalstar. Justeru, Samsung juga dikatakan berhasrat memperkenalkannya pada siri Galaxy S23 melalui penggunaan satelit Iridium.

Iridium merupakan kumpulan gugusan 66 buah satelit berorbit Bumi Rendah yang menyediakan perkhidmatan suara dan data. Samsung sebelum ini dilaporkan sedang giat membangunkan sokongan ini sejak dua tahun yang lepas.

Samsung dikatakan tidak akan memperkenalkan ciri ini di negara asalnya Korea Selatan kerana faktor keluasan negaranya yang tidak begitu besar. Lagipun, liputan perkhidmatan rangkaian 5G di Korea Selatan dianggap sudah cukup membangun.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.