iPhone keluaran berikutnya, iPhone 13 kini sedang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut sumber dari EverythingApplePro dan Max Weinbach, Apple dikatakan akan membawakan sokongan Paparan Sentiasa-Terpasang (Always-On Display, AOD) pada siri iPhone 13.

Desas-desus ini berdasarkan sumber yang mengatakan unit-unit iPhone 13 akan menggunakan paparan Samsung LTPO (low-temperature polycrystalline oxide) 120Hz. Penggunaan paparan ini membolehkan peratusan jumlah bateri dan masa sentiasa dipaparkan.

Terdapat juga andaian tentang notifikasi juga akan muncul pada AOD dengan menyalakan sebahagian kecil maklumat pada skrin.

Maklumat tertiris terbaru ini juga mengatakan iPhone 13 akan membawakan magnet MagSafe yang lebih kuat bagi mengelakkan aksesori yang bersesuaian mudah tertanggal.

Untuk kamera iPhone keluaran akan datang ini, dikatakan ianya akan menawarkan mod cerapan angkasa yang akan dihidupkan apabila mengesan bintang atau objek lain di langit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.