Samsung telah mengumumkan Galaxy F62 untuk pasaran India semalam. Telefon pintar berkesinambungan dari Galaxy F41 ini menawarkan spesifikasi yang bagus walaupun ianya berada di dalam kategori telefon kelas menengah.

Galaxy F62 dikuasakan oleh cipset Samsung Exynos 9825 dengan RAM pilihan 6GB atau 8GB dan storan 128GB yang boleh ditambah melalui slot kad mikro SD. Bersama-sama bateri berkapasiti 7,000mAh, telefon ini menyokong pengecasan pantas 25W.

Untuk paparannya, disediakan paparan Full HD+ Super AMOLED 6.7-inci dengan kecerahan maksima 420 nits. Selain itu, Galaxy F62 turut menawarkan paparan Infinity-O.

Kamera utama telefon mengandungi empat modul kamera yang terdiri dari 64MP Sony IMX682 sebagai lensa utama, lensa bersudut ultra luas 12MP, 5MP untuk bokeh dan 5MP untuk makro. Telefon ini menggunakan port USB-C untuk mengecas dan juga memindahkan fail.

Samsung Galaxy F62 bakal ditawarkan dalam dua variasi bermula dari 22 Februari ini. Pilihan RAM 6GB dijual pada harga sekitar US$330 (~RM1331), manakala untuk pilihan RAM 8GB pula, ianya berharga sekitar US$344 (~RM1387). Setakat ini tiada sebarang pemakluman mengenai kemasukan model telefon pintar terbaru Samsung ini ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.