Utama Mobile Aplikasi Apple Pay dijangka akan diperkenalkan di Malaysia dalam bulan Ogos ini

Apple Pay dijangka akan diperkenalkan di Malaysia dalam bulan Ogos ini

687
0
Apple Pay Malaysia

Sokongan pembayaran menggunakan Apple Pay mungkin akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. Pembayaran melalui kaedah ini boleh dibuat menggunakan peranti Apple iPhone atau Apple Watch.

Berdasarkan maklumat dari Lowyat.net, kemungkinan besar sokongan pembayaran baharu di Malaysia ini akan diumumkan sekitar bulan Ogos ini. Sebelum ini, Apple Pay telah pun diperkenalkan secara global sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma di Malaysia sahaja yang ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini berdasarkan mesej yang diterima oleh pelanggan-pelanggan AmBank.

Pembayaran secara nirtunai dengan menggunakan iPhone atau Apple Watch ini turut memerlukan pengguna memautkan kad debit atau kredit pengguna dengan Apple Wallet pengguna. Pengguna peranti-peranti keluaran Apple pastinya menerima baik perkembangan ini kerana dapat memberikan pengguna lebih pilihan dalam kaedah pembayaran secara nirtunai.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.