HONOR baru-baru ini telah melancarkan tablet baharu peringkat menengahnya di pasaran China, HONOR Tab 8. Hadir dengan LCD 12-inci beresolusi 2000 x 1200 dan nisbah aspek 10:6, tablet ini hanya berketebalan 6.9mm dan berat 520g sahaja.
Sebagaimana laporan dari IT Home, salah satu ciri unik yang diperkenalkan oleh HONOR Tab 8 ini adalah pada tetapan 8 pembesar suaranya. Menggabungkan algoritma penalaan audio yang dibangunkannya sendiri dan teknologi penalaan audio DTS, HONOR mendakwa pembesar suara stereo ini mampu memberikan pengalaman kesan audio yang lebih mengasyikkan.
Dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680 yang bergandingan RAM 8GB, tablet ini mengugnakan bateri berkapasiti 7,250mAH yang menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.
Seperti kebanyakan tablet-tablet peringkat menengah lain, HONOR Tab 8 juga tidak begitu menumpukan pada spesifikasi kameranya. Hanya sebuah kamera 5MP disediakan pada bahagian belakangnya dan juga satu pada sebelah hadapannya.
Lain-lain ciri menarik yang ditawarkannya termasuklah persijilan audio Hi-Res Small Gold Label, antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12 dan persijilan cahaya biru rendah berasaskan perkakasan, Rheinland.
HONOR Tab 8 ditawarkan dalam pilihan warna hijau pudina, biru dan emas dan dijual di China mengikut pilihan berikut:
- 4/128GB pada harga CNY1,499 (~RM9,87)
- 6/128GB pada harga CNY1,799 (~RM1,184)
- 8/128GB pada harga CNY1,999 (~RM1,315)
Buat masa ini tidak diketahui sama ada tablet ini akan dipasarkan ke pasaran luar daripada China termasuk Malaysia kelak.