Utama Apple Apple sahkan iPhone yang akan datang hadir dengan USB-C

Apple sahkan iPhone yang akan datang hadir dengan USB-C

258
0
Apple-iPhone-12-Tanpa Pengecas

Apple disahkan akan menawarkan iPhone dengan port USB-C menggantikan Lightning berdasarkan wawancara The Wall Street Journal dengan Naib Presiden Kanan Pemasaran Sedunia Apple Greg Jozwiak.

Peralihan jenis port ini dilakukan sebagai usaha pematuhan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan pengguna dan kelestarian alam sekitar sungguhpun Apple agak berat untuk melakukannya.

Wawancara yang turut disertai oleh Naib Presiden Perisian Apple Craig Federighi ini tidak menyatakan bilakah perubahan ini akan dilaksanakan.

Ketika ditanya sama ada Apple akan menyertakan satu penyambung khas bagi peranti yang dijual di luar negara-negara Kesatuan Eropah, pegawai-pegawai eksekutif Apple berkenaan enggan menjawab.

Pegawai berkenaan juga menyatakan pihaknya lebih cenderung dengan pendekatan sendiri berbanding mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh para pembuat dasar. Tindakan Apple tidak menyertakan pengecas juga dikatakan oleh mereka telah menyelesaikan masalah pematuhan piawaian. Namun, perubahan kepada USB-C ini akan mengakibatkan lebih banyak pembaziran sisa elektronik kelak, ujar mereka dengan yakin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.