Utama Perkakasan Nvidia Nvidia siasat isu Kabel Kuasa Kad Grafik RTX 4090 terbakar ketika digunakan

Nvidia siasat isu Kabel Kuasa Kad Grafik RTX 4090 terbakar ketika digunakan

432
0
NVIDIA GeForce RTX4090-1

Nvidia telah mengesahkan pihaknya kini sedang menyiasat laporan yang mengatakan kabel kuasa untuk kad grafik RTX 4090 yang terbakar atau mencair ketika sedang digunakan.

Setakat ini, dua pengguna Reddit telah melaporkan isu yang melibatkan kabel kuasa kad grafik tersebut. Pengguna Reddit Reggie_gakil telah berkongsikannya menerusi media sosial awal minggu ini.

Foto berkenaan menunjukkan kesan terbakar pada kabel adapter 12VHPWR yang didatangkan bersama-sama kad grafik Gigabyte RTX 4090 miliknya. Kesan terbakar berkenaan turut didapati pada bahagian penyambung kad tersebut.

Power Cable RTX 4090 Melted
Penyambung kabel kuasa RTX 4090 yang terbakar. -Imej dari Reggie_gakil (Reddit)

Perkongsian beliau turut dijawab oleh pengguna lain di dalam Reddit, NoDuelsPolicy yang turut mendakwa mengalami masalah yang hampir sama. Kad grafik yang digunakannya pula adalah dari jenis Asus RTX 4090 TUF Gaming – OC Edition.

Pengurus komuniti untuk Nvidia telah menghubungi Reggie_gakil rentetan dari perkongsian tersebut. Manakala jurucakap Nvidia Bryan Del Rizzo memberitahu The Verge bahawa pihaknya kini sedang menyiasat laporan tersebut.

Lanjutan dari laporan tersebut, dua lagi kejadian kerosakan kabel penyambungan telah dikongsikan menerusi YouTube dan Facebook. Kejadian ini hadir selepas sebilangan pengguna menyatakan kegusaran mengenai penyambung kabel kuasa 12VHPWR yang mudah terbengkok kerana penyambung dan terminalnya lebih kecil berbanding generasi sebelumnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.