Utama Mobile iOS Apple umumkan iPad Air 10.5-inci terbaru, hadir dengan cip A12 Bionic dan...

Apple umumkan iPad Air 10.5-inci terbaru, hadir dengan cip A12 Bionic dan Paparan Advanced Retina – harga dari RM2,199

1029
0

Apple baru-baru ini telah mendedahkan dua model tablet terbarunya dan salah satunya adalah iPad Air. Menampilkan rekaan ultra-tipis, bersaiz 10.5-inci dan dikuasakan cip pemprosesan Apple A12 Bionic bersama-sama Enjin Neural yang dipacukan oleh kercerdasan buatan.

Sama seperti iPad versi yang sebelumnya, paparan yang digunakan olehnya merupakan paparan retina dengan teknologi True Tone. Sebagai perbandingan, paparan terbaru ini hampir 20 peratus lebih luas dari versinya yang terdahulu dengan setengah juta piksel lebih dimuatkan ke dalam paparannya.

Dari segi sambungannya, iPad Air hadir dengan antena Wi-Fi dan LTE berkelas Gigabit, sama dengan Apple iPad Pro. Selain itu, tablet ini turut hadir dengan sokongan teknologi eSIM yang terbina dalam, seterusnya membolehkan ia menggunakan pelan data mudah alih di mana-mana 180 buah negara di seluruh dunia.

Menurut Apple, bateri 30W/j yang digunakan oleh iPad Air terbaru ini mampu memberikan jam penggunaan sehingga 10 jam untuk kegunaan melayari laman web untuk model Wi-Fi. Manakala untuk model data selular pula, ianya mampu bertahan sehingga 9 jam untuk kegunaan melayari laman web melalui rangkaian mudah alih.

iPad Air juga sesuai digunakan bersama-sama Apple Pencil. Cumanya, pada masa ini hanya Apple Pencil Generasi Pertama sahaja yang mampu disokong oleh tablet terbaru dari Apple ini.

Dijangkakan Apple iPad Air bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi memandangkan pihak Apple telah mendedahkan harga bagi pasaran Malaysia.

Wi-Fi
64GB: RM 2199
256GB: RM 2849

Wi-Fi + Data Selular
64GB: RM 2749
256GB: RM 3399

Sumber berita diperoleh dari Apple Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.