Utama Android Poco POCO X3 GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 28 Julai

POCO X3 GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 28 Julai

95
0

POCO akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharunya ke pasaran Malaysia pada 28 Julai ini, iaitu POCO X3 GT. Sebelum ini POCO pernah melancarkan X3 Pro pada Mac lalu dan X3 NFC pada September tahun lalu di pasaran tempatan.

Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diumumkan secara rasmi sungguhpun tarikh pelancaran yang telah ditetapkan kian hampir.

Terdapat desas-desus yang mengatakan telefon ini merupakan varian pasaran global bagi model Redmi Note 10 Pro yang dilancarkan di China pada Mei baru-baru ini.

Jika khabar ini dapat disahkan benar, X3 GT berkemungkinan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1100 dan juga paparan IPS Full HD+ 6.6-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Selain itu, telefon berkenaan juga mungkin dilengkapkan dengan RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1 256GB.

Senarai spesifikasi Redmi Note 10 Pro juga menyatakan telefon berkenaan memiliki tetapan tri-kamera dengan sensor utamanya 64MP dan kamera hadapan 16MP. Melengkapkannya, sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh disediakan dengan pengecas USB-C 67W.

Di China, Redmi Note 10 Pro dijual dengan harga CNY1699 (~RM1,107) dan tidak mustahil jika POCO X3 GT akan dijual pada harga yang lebih kurang sama di sini kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.