Utama Komputer Apple Apple perluaskan Cip Pemprosesan keluarannya menerusi M1 Pro dan M1 Max; Tampilkan...

Apple perluaskan Cip Pemprosesan keluarannya menerusi M1 Pro dan M1 Max; Tampilkan GPU sehingga 32-Core

778
0

Tidak lama selepas mengadakan acara pelancaran untuk siri iPhone 13, dan iPad generasi terkini, Apple mengadakan sebuah lagi acara. Kali ini tumpuan diberikan terhadap dua model baharu MacBook Pro dan juga cip baharu di bawah keluarga M1.

Dibina berasaskan teknologi pembuatan 5nm, pemprosesan baharu ini dikenali sebagai M1 Pro dan M1 Max. Ia menampilkan CPU 10-teras dengan lapan daripadanya teras berprestasi tinggi. Dua daripadanya lagi merupakan teras berkecekapan tinggi.

Menurut Apple, CPU berkenaan 70% lebih pantas jika dibandingkan 8-teras CPU di dalam pemprosesan M1 asal. M1 berkenaan pertama kali dilancarkan pada November tahun lepas.

Dari segi pemprosesan grafiknya, ia mempunyai tetapan berbeza di mana M1 Pro menampilkan sehingga 16-teras GPU. Manakala M1 Max pula memiliki sehingga 32-teras GPU.

Apple menyatakan GPU-GPU ini masing-masing berkeupayaan dua dan empat kali ganda lebih berkuasa berbanding GPU yang dilengkapkan pada M1 asal.

M1 Pro juga mempunyai lebar jalur memori yang lebih besar bebranding M1 dengan menawarkan sehingga 200GB/s yang boleh dicapai menerusi Unified Memori berasaskan LPDDR5 32.

Kuasa CPU dan GPU mantap pada M1 Pro dan M1 Max

Selain itu, CPU dan GPU baharu pada kedua-dua pemprosesan ini turut menampilkan enjin media dengan pemecut khusus untuk codec ProRes.

Malah, M1 Max sebenarnya memiliki dua pemecut seperti itu yang membenarkan MacBook Pro 16-inci melakukan transkod video ProRes di dalam Compressor sehingga 10x lebih pantas berbanding model terdahulu yang menggunakan pemprosesan Intel.

Bercakap mengenai prestasi, Apple turut mendakwa CPU dan GPU pada M1 Pro dan M1 Max mampunya menyaingi prestasi pemprosesan Intel Core dan juga pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX dan Quadro RTX dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Pun begitu, ukuran beban kuasa yang digunakan adalah berdasarkan pemprosesan grafik dan video, bukannya pada permainan berkomputer.MacBook Pro 2021 A

Dalam pada masa yang sama, Apple juga mengetengahkan pencapaian ini mampu diperoleh dalam tempoh lebih kurang setahun sahaja sejak peranti Mac pertama kali menggunakan pemprosesan M1 pada tahun lepas.

Pada awalnya, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memaklumkan penambahbaikan ini dijangka mampu dilakukan dalam tempoh sekitar dua tahun. Tetapi, dengan perkembangan terkini ini, Apple telah mencapai sasaran melebihi dari jangkaan awalnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.