Sama ada anda menggunakannya untuk tujuan perniagaan, sekolah atau kegunaan umum, fail-fail PDF sering digunakan untuk berkongsi maklumat. Di dalam artikel ini, dikumpulkan perkhidmatan penyunting fail PDF percuma yang boleh anda cuba hari ini.
Apa yang menariknya dengan fail PDF adalah konsistensi kandungan di dalamnya yang tidak berubah apabila dibuka pada apa jua program dan peranti. Justeru, penggunaan fail berformat PDF penting bagi memastikan ketepatan sesebuah dokumen terjamin.
Namun begitu, fail jenis ini mempunyai masalahnya yang tersendiri iaitu tidak banyak aplikasi suntingan PDF percuma yang ada di pasaran buat masa ini. Hal ini disebabkan oleh Adobe, pencipta asal format PDF masih lagi memiliki sebahagian teknologi yang berkaitan dengannya.
Adobe mengenakan bayaran kepada mana-mana pengeluar perisian lain yang melibatkan fail-fail PDF. Oleh itu, kita sering mendapati kebanyakan program seperti Microsoft Word boleh menyimpan (save as) dokumen dalam format PDF, tetapi tidak boleh mengeditnya selepas format ditukarkan ke PDF.
Atas sebab tidak banyak aplikasi PDF percuma yang ada di pasaran pada ketika ini, agak sukar untuk menentukan apa yang terbaik untuk digunakan. Senarai di dalam artikel ini diharapkan dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam menentukan apa yang bersesuaian untuk anda.
Isi Kandungan
Aplikasi untuk Edit PDF online percuma, sekali imbas
Penyunting fail PDF terbaik buat masa ini: Adobe Acrobat Pro DC
Perisian ini berbayar. Namun, jika anda mahu membuat suntingan dan mewujudkan fail-fail PDF secara profesional, Acrobat Pro DC merupakan perisian yang terbaik untuk anda. Ianya memberikan anda segala apa yang diperlukan untuk mewujudkan dan menyunting dokumen-dokumen PDF dengan lancar sama ada pada desktop mahupun peranti mudah alih.
Smallpdf
Aplikasi edit PDF online percuma berasaskan awanan (cloud)
Sistem operasi: Windows, macOS, Linux (di dalam pelayar)
Kelebihan | Kekurangan |
Banyak alatan yang boleh digunakan | Waktu percubaan yang terhad |
Berasaskan awanan | |
Pengubah PDF ke Word (PDF to Word Converter) |
Antaramuka pengguna yang ringkas aplikasi ini memudahkan pengguna menambah kandungan teks dan imej ke dalam fail PDF anda. Platform ini juga menawarkan e-tandatangan yang ringkas, dan keupayaan menambah komen serta menyorot (highlights) maklumat yang ada pada fail PDF anda.
Sistem Smallpdf turut menawarkan sebilangan besaralatan pengubahsuaian fail PDF lain. Selain fungsi penyuntingan, terdapat banyak pilihan lain untuk mengubah fail PDF anda ke format yang lebih mudah untuk disunting seperti Word dan Powerpoint.
Anda juga boleh menjimatkan ruangan storan peranti anda dengan menggabungkan dokumen-dokumen PDF ke dalam satu fail PDF.
Ciri terbaik Smallpdf adalah pada platform awanannya. Ini bermakna, anda boleh mengaksesnya pada mana-mana peranti yang disokong dengan mengunjungi laman Smallpdf dan menyeret-letak (drag-and-drop) sesebuah fail PDF terus pada pelayar anda.
Anda tidak perlu klik pada butang notifikasi ‘free trial’ jika ingin terus menggunakannya secara dalam talian. ‘Free trial’ boleh dicuba jika anda berminat untuk memasang program dekstop Smallpdf untuk membuat suntingan secara luar talian (offline).
PDF-XChange Editor
Penyunting teks dalam PDF terbaik dengan OCR terbina dalam
Kelebihan | Kekurangan |
Pengecam abjad optikal (Optical character recognition, OCR) | Dokumen ada watermark |
Suntingan teks | |
Membahagi dan mengekstrak halaman |
PDF-XChange Editor merupakan program suntingan PDF percuma untuk komputer Windows yang dibangunkan oleh Tracker Software. Antaramukanya sedikit kompleks jika dibandingkan dengan suit suntingan Smallpdf, namun menyediakan lebih banyak fungsi seperti pilihan stamp untuk menanda dokumen seperti misalnya ‘Luput’ atau ‘Disahkan’.
Namun, untuk kebanyakan pengguna, fungsi paling penting yang ditawarkan oleh PDF-XChange Editor adalah Pengecam abjad optikal (Optical character recognition, OCR).
Ini bermakna, jika dokumen PDF asal adalah salinan foto, PDF-XChange Editor mampu mengecamnya sebagai teks dan membenarkan anda menyuntingnya. Juga, PDF-XChange Editor membenarkan anda memformat semula teks dan mengubahnya ke dalam font-font yang tidak ada pada komputer anda.
Seperti mana Smallpdf, anda boleh menggunakan platform ini untuk menggabung atau membahagi fail-fail individu PDF.
Masalah utama PDF-XChange Editor adalah watermark ‘Created with PDF-XChange Editor’ akan tertera di sebelah bawah fail PDF yang dieksport dan ianya boleh dihilangkan jika anda mendaftarkannya untuk versi Pro.
Formswift
PDF editor percuma pada pelayar internet anda
Sistem operasi: Windows, macOS, Linux (melalui pelayar web)
Kelebihan | Kekurangan |
Imbas dokumen dari telefon | Tidak boleh membahagikan/ menggabungkan dokumen |
Menyunting gambar dan teks dalam PDF | |
Sistem berasaskan awanan yang ringkas |
FormSwift adalah penyunting PDF di dalam pelayar yang anda boleh digunakan pada kadar segera. Tidak seperti PDF-XChange Editor dan Smallpdf, FormSwift adalah percuma sepenuhnya. Anda tidak perlu pergi ke ‘free trial’ untuk menggunakannya.
Melalui sokongan untuk penambahan gambar, penyuntingan teks, e-tandatangan, dan tanda semak, FormSwift menawarkan segala apa yang ada untuk anda melakukan suntingan PDF ringkas. Setelah selesai mengedit, anda boleh mencetak terus dari antara muka FormSwift atau menyimpan fail anda sebagai fail Word atau PDF.
Selain itu, jika anda perlu mengimport dokumen kertas untuk disunting, apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengunjungi pautan URL FormSwift Snap melalui telefon anda. Seterusnya, platform dalam talian ini akan menggunakan kamera telefon anda untuk mengimport fail.
PDFescape
Sesuai untuk mengedit fail PDF yang lebih kecil
Sistem operasi: Windows, macOS, Linux (melalui pelayar web)
Kelebihan | Kekurangan |
Tidak perlu membuka akaun | Had saiz fail 10MB |
Mudah menggabungkan dokumen | Versi desktop perlu dibayar |
PDFescape membolehkan anda menyunting secara dalam talian mahupun melalui aplikasi desktop. Aplikasi desktop menawarkan lebih banyak fungsi kerana menyokong suntingan kandungan PDF sedia ada. Serta membolehkan anda mengimbas dokumen fizikal.
Bagaimanapun, hanya versi PDFescape dalam talian yang boleh digunakan secara percuma.
Pun begitu, PDFescape versi dalam talian menawarkan pelbagai fungsi seperti nota tanda ringkas dan menambah URL boleh klik pada dokumen anda. Malah, anda juga boleh menambah, memutar dan mencatat halaman di dalam PDFescape versi pelayar.
Satu-satunya kelemahan terbesar penyunting PDF percuma ini adalah tidak boleh memuat naik dokumen bersaiz lebih dari 10 MB. Satu halaman PDF berukuran A4 biasanya bersaiz 100KB, oleh itu ianya mungkin tidak memberi masalah besar untuk anda menyunting fail PDF bersaiz kecil.
Sejda
Penyuntingan PDF dengan antara muka yang licin di awan
Sistem operasi: Windows, macOS, Linux (pelayar internet)
Kelebihan | Kekurangan |
Tidak perlu membuka akaun | Had saiz fail |
Antara muka yang ringkas | Harga versi Premium terlalu mahal |
Fail berformat PDF sesuai digunakan untuk tujuan menyimpan maklumat organisasi dan juga kewangan. Ini bermakna, kandungannya mungkin bersifat sulit untuk didedahkan. Sejda merupakan aplikasi penyunting PDF dalam talian percuma yang mungkin sesuai untuk menguruskan fail-fail sulit berkenaan. Fail-fail PDF yang dimuat naik akan dihapuskan dari pelayannya selepas lima jam.
Selain ciri keselamatan, Sejda merupakan pilihan yang baik jika anda menginginkan penyunting PDF percuma dengan antara muka yang mesra pengguna. Penggunaan bar menu tunggal Sejda memudahkan anda mencari semua pilihan penyuntingan yang diperlukan untuk menambahkan teks, pautan, gambar, dan tandatangan ke dalam dokumen PDF.
Setelah selesai mengedit dokumen melalui Sejda, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada ‘Apply Changes’ dan boleh terus menyimpan fail berkenaan terus ke storan awanan anda seperti Google Drive dan Dropbox, atau menyimpannya ke dalam komputer anda (store locally).
Penggunaan Sejda versi percuma mungkin dilihat agak terhad, namun ianya dirasakan tidak membebankan bagi penggunaan secara kasual. Anda hanya dihadkan penggunaan tiga tugasan dan memuat naik fail sehingga 50MB sahaja, atau 200 halaman sahaja bagi setiap jam pengguaan platform Sejda dalam talian.
Apakah penyunting PDF percuma terbaik untuk anda?
Apa yang anda perlu tentukan sebelum menggunakan penyunting fail PDF percuma yang anda boleh gunakan adalah apakah bahagian yang perlu anda sunting pada sesebuah fail PDF berkenaan. Jika anda perlu membuat sedikit perubahan yang ringkas, penggunaan penyunting fail PDF ringkas seperti yang dinyatakan tadi sudah memadai.
Bagaimanapun, jika anda perlu lakukan banyak perubahan di dalam sesebuah fail PDF, anda mungkin perlu mendapatkan sebuah program suntingan PDF versi penuh. Atau, langkah sebaiknya adalah mengubahkan fail PDF ke Word dan seterusnya menyunting fail berkenaan di dalam format Word sebelum mengubahnya kembali ke format PDF.
Imej cover dari Freepik