Utama Mobile Aplikasi Aplikasi CIMBClicks perlu dikemaskini sebelum 23 Oktober bagi mengelakkan gangguan

Aplikasi CIMBClicks perlu dikemaskini sebelum 23 Oktober bagi mengelakkan gangguan

305
0

CIMB telah mengeluarkan kenyataan peringatan meminta para pelanggannya untuk mengemaskini aplikasi CIMB Clicks sebelum 23 Oktober 2021. Pengumuman ini dibuat bagi mengelakkan para pelanggan dari berhadapan dengan gangguan pada sesetengah akses selepas tarikh tersebut.

Tidak diketahui sebab mengapa peringatan ini dikeluarkan dari pihak CIMB. Berkemungkinan berlaku perubahan yang disebabkan oleh kerja-kerja penaik tarafan sistem dan kemaskini perlu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran penggunaan perkhidmatan pada pelanggan.

Dalam pada masa yang sama, CIMB juga menyatakan pengguna yang berdepan dengan masalah naik taraf atau kemaskini aplikasi berkenaan supaya menyahpasang dan memasangnya semula. Bagi pengguna yang sudah mengemaskini aplikasi CIMBClicks, anda mungkin boleh mengabaikan kenyataan peringatan tersebut.

Kemaskini aplikasi CIMBClicks anda di:

Google Play Store

Apple App Store

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.