Utama Mobile Canalys: Pengeluaran telefon merosot 6% pada Suku Ketiga 2021, Samsung kini pengeluar...

Canalys: Pengeluaran telefon merosot 6% pada Suku Ketiga 2021, Samsung kini pengeluar terbesar

57
0

Pengeluaran telefon pintar sepanjang tempoh Julai-September jatuh sebanyak 6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, menurut Canalys. Kekurangan komponen ketika masalah bekalan cip merupakan faktor utama kemerosotan ini.

Dalam pada masa yang sama, Samsung sekali lagi berada di kedudukan teratas pengeluaran dengan menguasai 23% di sepanjang tempoh terseut. Apple pula berada di tangga kedua dengan penguasaan pasaran sebanyak 15%.

Xiaomi pula tergelinciri di tempat ketiga dengan kurang 1 peratus berbanding Apple. Manakala vivo dan Oppo pula masing-masing menguasai 10%, melengkapkan kedudukan lima pengeluar utama telefon pintar dunia.

SyarikatPengeluaran Suku ke-3 2020
(% pasaran)
Pengeluaran Suku ke-3 2021
(% pasaran)
Perubahan tahunan
Samsung23%23%0%
Apple12%15%+3%
Xiaomi14%14%0%
vivo9%10%+1%
Oppo9%10%+1%

Menjelang jualan 11.11 di sebahagian negara-negara Asia dan Black Friday di sesetengah negara di hemisfera Barat, dijangkakan pengeluaran telefon pintar dijangka dapat kembali pulih.

Bagaimanapun, keadaan pada tahun ini berkemungkinan sedikit hambar apabila berkemungkinan pengeluar-pengeluar tidak lagi memperkenalkan diskaun harga runtuh seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.