Utama Telco Celcom Celcom perkenalkan Pakej Remaja, Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Celcom perkenalkan Pakej Remaja, Pakej Peranti Keluarga Malaysia

310
0

Celcom telah memperkenalkan Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia melalui pelan prabayar Xpax. Pelan berkenaan hadir dengan data internet berkelajuan tinggi 110GB untuk 90 hari pada RM30.

Jumlah data berkenaan bagaimanapun mencakupi keseluruhan 20GB untuk semua jenis kegunaan selama 90 hari dan data harian 1GB percuma selama 90 hari yang terhad unuk kegunaan produktiviti dan pembelajaran sahaja. Selepas anda mencapai had kuota data yang telah ditetapkan, kelajuan internet anda akan dihadkan kepada 64kbps sahaja.

Jika anda bukan pelanggan Celcom Xpax, anda perlu mendapatkan pek sim pakej prabayar berkenaan ya berharga RM10. Data sebanyak 20GB untuk selama 3 bulan pada harga RM30 ditawarkan kepada pelajar yang berusia 12 hingga 21 tahun ( lahir selepas 15 Oktober 1999).

Untuk pelajar berusia antara 21 hingga 30 tahun, anda perlu mengunjungi outlet Celcom Bluecube untuk pengesahan kad pelajar anda. Sebaik selesai, pelan RM30 berkenaan akan boleh dibeli menerusi aplikasi Celcom Life.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia Celcom

Bagi anda yang sedang ingin mendapatkan telefon 4G LTE baharu, Celcom kini mnawarkan 5 peranti pilihan percuma. Peranti paling murah adalah telefon biasa Nokia 225 4G (Harga pasaran: RM199) yang hadir dengan prabayar Celcom XP Lite M dengan kontrak 12-bulan.

Pelan tersebut berharga RM38/bulan dan turut menyediakan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian dan data berkelajuan tinggi 8GB. Ia juga menyediakan penggunaan tanpa had bagi Facebook, Instagram, WhatsApp, WeChat, dan penstriman YouTube tanpa had pada resolusi 480p. Ketika anda mendaftar, anda diperlukan unuk membuat bayaran pendahuluan RM100 yang akan direbatkan semula ke akaun anda sepanjang tempoh 10 bulan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan penawaran yang lebih bak, Celcom turut menawarkan peranti percuma berikut. Ia bersekali dengan pelan XP Lite L bersama-sama kontrak yang lebih panjang iaitu 24 atau 28 bulan:

  • Samsung Galaxy A02 (Harga pasaran: RM399)
  • Realme C11 2021 (Harga pasaran: RM399)
  • Samsung Galaxy A03s (Harga pasaran: RM559)
  • Vivo Y1s (Harga pasaran: RM459)

Pelan pascabayar XP Lite L berharga RM58/bulan dan menawarkan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian. Ia juga menyediakan data berkelajuan tinggi 16GB, penstriman YouTube tanpa had pada resolusi 720p HD, serta penggunaan tanpa had Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat. Anda juga dikehendaki membuat pembayaran pendahuluan yang akan direbatkan kembali ke bil bulanan anda.

Selain Celcom, syarikat-syarikat telekomunikasi lain sepeerti Digi, Maxis, TM, U Mobile dan Yes juga menyediakan pelan Pakej Keluarga masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Pelan Keluarga Malaysia Celcom ini, layari laman web rasmi Celcom.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.