Utama Mobile Aplikasi Cara pasang Microsoft 365 atau Office 2019 (Word, Excel, PowerPoint)

Cara pasang Microsoft 365 atau Office 2019 (Word, Excel, PowerPoint)

3552
0

Perisian suite produktiviti seperti Microsoft Office dan Microsoft 365 merupakan perisian yang amat penting untuk pengguna melakukan aktiviti pekerjaan dan pembelajaran.

Bagi pengguna di Malaysia, Microsoft Office menjadi pilihan memandangkan kebanyakannya menerima pendedahan awal melalui sistem operasi Windows. Oleh itu, perisian Microsoft Office yang merangkumi Word, Excel, PowerPoint dan sebagainya menjadi pilihan utama atas faktor sudah terbiasa.

Anda mungkin perlu mengetahui bagaimana untuk memasang perisian ini kerana tidak semua PC desktop atau laptop didatangkan bersama-sama dengannya. Pembelian lesennya boleh dibuat menerusi laman rasmi Microsoft.

Microsoft pada masa yang sama turut menawarkan perkhidmatan Office versi web secara percuma bagi pengguna yang mendaftar akaun Microsoft.

Selepas membuat pembelian Microsoft Office 2019 atau Microsoft 365, anda boleh mengaktifkan dan memuat turun produk tersebut. Arahan terperinci mengenainya disediakan bersama di dalam pakejnya jika anda membelinya dari kedai fizikal atau memesan kad kekunci secara dalam talian seperti dari kedai rasmi Microsoft atau di Shopee dan Lazada.

Bagi anda yang memesannya secara terus dari Microsoft, anda akan diberikan pautan di dalam emel anda. Terdapat pautan “Install Office” pada resit pembelian di dalam emel berkenaan.

Nota: Jika organisasi anda menggunakan versi volume license, bahagian IT anda mungkin menggunakan kaedah lain untuk memasang Office. Anda boleh merujuk dengan bahagian IT anda untuk membantu pemasangannya.

Cara pasang Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) pada laptop atau desktop Windows dan Mac

  1. Pergi ke setup.office.com dan daftar masuk dengan Microsoft anda atau wujudkan akaun Microsoft baharu.
  2. Masukkan nombor kekunci produk (atau kod pengaktifan). Nombor kekunci produk ini diperlukan bagi memastikan pembelian yang dibuat adalah dengan cara yang sah. Kekunci ini didatangkan dalam bentuk kad fizikal jika pembelian secara fizikal atau di dalam emel jika anda memesan secara digital. Seterusnya, pilih negara atau rantau dan juga bahasa pilihan anda.
    Nota: Tulis kod pengaktifan ini dan simpankannya di tempat selamat. Anda akan memerlukannya lagi jika ingin memasang semula Microsoft Office.
  3. Pilih Install Office. Selepas fail pemasangan siap dimuat turun, apa yang berlaku berikutnya bergantung pada pelayar web yang anda biasa gunakan. Apabila anda memilih Install, sebuah tetingkap dialog pada bahagian bawah akan mengajukan sama ada anda ingin menjalankan fail berkenaan, menyimpannya atau membatalkannya. Pilih Run, dan pergi ke langkah berikutnya.
    Nota: Cara paling mudah untuk memasang Microsoft Office adalah dengan menggunakan pelayar web Edge.
  4. Jika tetingkap User Account Control muncul, anda pilih Yes.
  5. Proses pemasangan akan berjalan terus hingga selesai.
  6. Proses pemasangan selesai apabila paparan yang menyatakan “You’re all set! Office is installed now,” muncul. Seterusnya, tekan Close.
  7. Microsoft Office kini siap dipasang dan sedia untuk digunakan.
    Nota: Anda akan diajukan sama ingin memasang kemaskini untuk Office. Anda boleh memilih untuk membenarkannya jika ingin Office menerima kemaskini.
    Nota: Jika ingin memasang semula Microsoft Office, pergi ke My Account dan pilih pautan muat turun jika anda tidak mempunyai fail pemasangannya pada storan PC anda. Seterusnya, ikuti panduan pemasangan seperti yang dinyatakan di atas untuk memulakan semula proses pemasangan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.