Utama Komputer Sistem Operasi Windows 10 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Windows 10 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia

716
2

Microsoft secara rasminya melancarkan sistem operasi Windows 10 ke pasaran Malaysia hari ini. Sistem operasi ini boleh didapati dalam dua versi Windows 10 Home dan Windows 10 Pro, masing-masing pada harga RM629.99 dan RM1,099.

Sistem operasi terkini dari Microsoft ini agak unik jika dibandingkan dengan keluaran Microsoft yang terdahulu kerana ia memberi peluang kepada pengguna sistem operasi lama seperti Windows 7, 8 dan 8.1 untuk menaiktaraf ke Windows 10 secara percuma.

Pemberian naik taraf secara percuma ini sejajar dengan hasrat Microsoft untuk mencapai ke arah 1.5 billion pengguna di seluruh dunia menjelang tahun 2018.

Bagaimanapun, pengguna sistem operasi Windows yang terdahulu seperti Windows XP dan Windows Vista perlu melakukan pembelian baharu untuk mendapatkan sistem operasi yang terkini dari Microsoft ini.

Microsoft Windows 10 merupakan sistem operasi terbaru dari Microsoft yang turut dilengkapi dengan ciri terbaru seperti pelayar terbaru, Microsoft Edge, Cortana, Continuum, Action Centre dan Windows Hello.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di Microsoft Malaysia.

 

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.