Utama Komputer 6 Perisian Anti Ransomware terbaik

6 Perisian Anti Ransomware terbaik

1534
1

Perisian anti ransomware dapat melakukan apa yang antivirus gagal lakukan dalam memberi perlindungan terhdap komputer pengguna. Walaupun masalah ransomware sudah berlaku sejak tiga tahun dahulu dan pada ketika itu tidak banyak penyelesaian yang boleh dilakukan oleh mana-mana pengguna yang terlibat. Kebanyakan pengguna yang sudah dijangkiti ransomware akan bertindak melakukan format terhadap komputer masing-masing.

Kini keadaan sudah mula berubah apabila sudah banyak aplikasi anti ransomware yang ditawarkan secara percuma oleh pihak-pihak yang prihatin dengan mangsa kegiatan jenayah siber ini. Berikut adalah diantara aplikasi-aplikasi popular yang digunakan untuk menghapuskan ransomware, seperti;

BitDefender Anti-CryptoWall /CTB-Locker Vaccine

Aplikasi dari BitDefender ini bertindak sebagai pelindung dari serangan ransomware jenis CryptoWall atau yang hampir sama kategori dengannya, CTB-Locker. Walaupun perlindungan yang ditawarkannya dilihat agak terhad kerana tidak memberikan perlindungan dari ransomware jenis lain, kita harus faham bahawa ransomware jenis seperti Cryptowall merupakan ransomware paling aktif di dunia sekarang ini.Bitdefender Anti-Ransomware

Kelebihan: Tawarkan perlindungan masa nyata (real-time protection) tanpa memerlukan pengguna kerap melakukan imbasan

Kekurangan: Hanya berkesan untuk CryptoWall dan CTB-Locker

EasySync CryptoMonitorMalwareBytes Antiransomware

Satu lagi perisian yang menawarkan perlindungan masa-nyata kepada pengguna, CryptoMonitor turut memberikan amaran awal jika terdapat sebarang proses yang meragukan pada fail-fail yang disyaki mudah dijangkiti. Walaubagaimanapun, perlindungan cara ini kadangkala memberikan amaran palsu (false-positive alarm) kepada pengguna yang mana boleh menyebabkan kekeliruan.

Fungsi-fungsi untuk membersihkan dari sebarang anasir-anasir ransomware dalam perisian ini bagaimanapun hanya terhad kepada pengguna premium (berbayar) sahaja. Pengguna percuma hanya dapat melakukan imbasan sahaja.

Kelebihan: Mampu memberikan perlindungan dan pencegahan dari ransomware pada masa hadapan

Kekurangan: Cenderung beri amaran false-positive dan perlu membayar untuk mendapatkan fungsi premium.

Kemaskini: EasySync kini diambil alih oleh Malwarebytes dan dijenamakan sebagai Malwarebytes Anti-Ransomware. Buat masa ini, ia sedang dibangunkan dalam peringkat beta.

Kaspersky Lab CoinVault decryptor

Karspersky LabUnit Jenayah Teknologi Tinggi Nasional (National High Tech Crime Unit, NHTCU) Belanda dan Karspersky Lab berjaya mendapatkan sebahagian kekunci yang digunakan oleh ransomware CoinVault. Untuk menggunakan perisian ini, pengguna perlu merekodkan alamat dompet BitCoin yang dipaparkan sewaktu splash screen ransomware berkenaan muncul.

Talos decryptor for TeslaCrypt

Talos Teslacrypt ToolTeslaCrypt pada awal kemunculannya dianggap sebagai klon kepada CryptoLocker. Bagaimanapun, cara untuk menghapuskannya adalah berbeza dan memerlukan teknik yang lain. Perisian anti ransomware ini digunakan tanpa rekabentuk antaramuka pengguna dan perlu menggunakan command line. Panduan pengguna perisian ini turut disediakan untuk kemudahan pengguna.

Avast anti-Simplocker

Avast Ransomware RemovalPerisian ini direka untuk menghapuskan ransomware Android Crypto\Locker/Simplocker. Kebanyakan ransomware yang menyerang peranti-peranti Android akan menghalang pengguna dari mendapatkan akses ke fail-fail dan aplikasi-aplikasi. Anti-Simplocker membantu pengguna mendapatkan kembali akses penuh ke peranti dengan mendapatkan kekunci simetri ransomware berkenaan yang disimpan di dalam peranti.

Trend Micro Anti Ransomware

Thanks to The Daywalker Blog for the tips

Trend Micro AntiransomwareTrend Micro Anti-Ransomware adalah perisian untuk pengguna di rumah dan juga menyediakan sokongan bantuan jarak jauh. Ia berkemampuan membantu pengguna menghapuskan ransomware walaupun sudah pada peringkat pengguna langsung tidak boleh mengakses komputer.

Kelebihan: Perisian anti-ransomware terbaik setakat ini

Kekurangan: Tiada

Imej diperoleh dari Shuttershock / Nicescene

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.