Sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Anonymous telah muncul dan menyuarakan bantahan terhadap Jabatan Polis Minneapolis (MPD). Kenyataan ini dbuat susulan dari insiden sebaran video kematian George Floyd pada 25 Mei lalu.
Insiden berkenaan telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, Anonymous telah mengeluarkan ancaman terhadap infrastruktur IT jabatan polis berkenaan.
Ahad lalu, laman web rasmi Jabatan Polis Minneapolis telah tergendala yang didakwa berpunca dari serangan kumpulan penggodam berkenaan.
The Minneapolis PD website has been taken offline by Anonymous & they’re threatening to take down any government website for any organization attacking protestors
— William LeGate (@williamlegate) May 31, 2020
Selepas laman web berkenaan telah dipulihkan, pengunjung dikehendaki melengkapkan captcha bagi memastikan pengunjung bukan bot automasi yang melakukan serangan DDoS.
The Minneapolis police department website is down!!! It was hacked by anonymous pic.twitter.com/BdwAsspdQs
— Abdurahman (@abdurahman_saed) May 31, 2020
Kumpulan Anonymous tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang telah dilakukan. Namun, satu akaun yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut telah membuat ‘retweet’ mengenai serangan tersebut. Mengambil kira cara kumpulan penggodam ini bergerak, tidak dapat dipastikan sama ada serangan ini dilakukan secara berkelompok atau tindakan secara individu.
We are interventionist.
We are hacktivist.
We are journalist.
We are activist.
We are justice.
We are legion.
Expect us.We are from the internet.
We are #Anonymous.
We are everywhere.#GeorgeFloydProtests pic.twitter.com/NU3FXG7SCp— Anonymous (@LatestAnonNews) May 31, 2020
28 Mei lalu, Anonymous telah menerbitkan sebuah video menerusi halaman Facebook yang berkait rapat dengan kumpulan tersebut. Video berkenaan yang menerima lebih dari 2 juta tontonan di Facebook ini menyatakan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh MPD.