Utama Android Samsung Kemaskini Android 12 dengan One UI 4 kini tersedia untuk Samsung Galaxy...

Kemaskini Android 12 dengan One UI 4 kini tersedia untuk Samsung Galaxy S21 di Malaysia

Telefon pintar Samsung keluaran tahun 2021 ini menjadi yang pertama menerima kemaskini ini di pasaran tempatan

102
0

Samsung telah memulakan penawaran kemaskini One UI 4 bagi pengguna-penggunanya di Malaysia. Berasaskan Android 12, kemaskini ini mula ditawarkan untuk pengguna Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+, dan Galaxy S21 Ultra.

Saiz kemaskini yang ditawarkan bergantung pada varian Galaxy S21 dan anda memerlukan rangkaian internet yang pantas dan stabil untuk memuat turun fail bersaiz sekitar 2.67GB tersebut.

Untuk memuat turun kemaskini One UI 4 pada telefon pintar Samsung anda, anda boleh pergi ke Settings > Software update > Download and install.

Samsung merupakan OEM Android utama yang pertama melancarkan kemaskini Android 12 yang stabil kepada penggunanya. One UI 4 membawakan sejumlah privasi dan fungsi pemperibadian baharu.Kemaskini Android 12 Samsung One UI 4

Antaranya kebolehan mengubah tema telefon mengikut palet warna yang dihasilkan dari gambar latar anda. Ia mirip dengan ciri warna dinamik Google Pixel yang merupakan sebahagian dari rekaan pemperibadian Material You.

Bagi pengguna peranti-peranti Samsung yang lain pula, anda perlu menunggu giliran untuk mendapatkannya kerana ia disediakan secara berperingkat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.