Utama Android Sony Sony Xperia 5 III kini di Malaysia; Pra-tempahan mula dibuka dengan harga...

Sony Xperia 5 III kini di Malaysia; Pra-tempahan mula dibuka dengan harga RM4,599

Telefon pintar Sony baharu ini hadir dengan Qualcomm Snapdragon 888, tiga kamera 12MP Exmor RS dengan lensa ZEISS, satu kamera hadapan 8MP, storan dalaman 256GB, dan bateri 4500mAh.

820
0

Ketika pelancarannya bersama-sama Xperia 1 III pada April lalu, Sony menyatakan Xperia 5 III akan dilancarkan di Malaysia sekitar September. Bagaimanapun, baru semalam Sony telah membuka pra-tempahan bagi pesanan telefon pintar baharunya tersebut.

Secara amnya, Xperia 5 III dianggap sebagai varian Xperia 1 III yang bersaiz lebih kecil. Ini berikutan kedua-dua telefon ini berkongsikan ciri yang hampir serupa.

Antaranya, cipset Qualcomm Snapdragon 888, tiga kamera 12MP Exmor RS dengan lensa ZEISS, satu kamera hadapan 8MP, storan dalaman 256GB, dan bateri 4500mAh.

Perbezaan utamanya terletak pada saiz skrinnya kerana Xperia 5 III mempunyai paparan OLED Full HD+ 6.1-inci. Ini berbeza dengan Xperia 1 III yang mempunyai skrin OLED 4K 6.5-inci 120Hz. Selain itu, Xperia 5 III juga mempunyai RAM yang lebih rendah iaitu 8GB, berbanding Xperia 1 III yang mempunyai 12GB.

Kamera belakang model yang baru dilancarkan ini juga tidak mempunyai sensori 3D iToF, disamping ditawarkan pada harga yang berbeza. Harga Xperia 5 III disenaraikan pada RM4,599, manakala Xperia 1 III pula berharga RM5,799 ketika dilancarkan pada Julai lalu.

Sehingga 20 Disember ini, Sony Malaysia memberikan tawaran percuma berbentuk true wireless earbuds Sony WF-XB700, bekas pelindung, pelindung skrin bagi setiap pra-tempahan Xperia 5 III.

Untuk anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sony Xperia 5 III, layari kedai dalam talian Sony Malaysia sekarang!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.