Utama Teknologi Amazon Web Services akan membangunkan Pusat Data di Malaysia

Amazon Web Services akan membangunkan Pusat Data di Malaysia

475
0

Amazon Web Services (AWS) dijangkan akan membuat pelaburan besar di Malaysia pada tahun ini bagi membangunkan pusat data di negara kita, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menteri Kanan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihak kerajaan telah pun memberikan kebenaran kepada AWS dalam pelaburan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab data.

Beliau turut menjelaskan perjanjian buat masa ini masih lagi belum dimuktamadkan dan pihak AWS sedang membincangkan beberapa insentif baharu dengan MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Kewangan.

Menteri Kanan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali:

“We are confident that the negotiation process will be finalised soon because, for Malaysia, this investment is very important to accelerate the digital technology transformation process in Malaysia,”

Mac lalu, AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awanan (Cloud Framework Agreement (CFA) dengan kerajaan Malaysia. Perjanjian ini memberikan agensi dan jabatan kerajaan akses ke perkhidmatan AWS Cloud di mana-mana 84 buah Zon Ketersediaan (Availability Zone) Amazon di seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga telah menandatangani CFA dengan Microsoft, Google Cloud dan Telekom Malaysia bagi menguasakan perkhidmatan perkomputeran kerajaan MyGovCloud.

Dalam perkembangan yang berkaitan, menteri berkenaan juga telah bertemu dengan wakil dari Microsoft untuk membincangkan perkembangan inisiatif Bersama Malaysia Microsoft. Beliau memaklumkan kira-kira 500,000 pekerja tempatan telah diberikan latihan dengan sasaran lebih dari 1 juta pada tahun depan.

Microsoft akan melabur sejumlah US$1 billion (~RM4.4 billion) dalam tempoh lima tahun berikutnya bagi membangunkan pusat data Azure pertama di rantau ini di Malaysia.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menyatakan Microsoft dan AWS bersedia dalam memberikan input bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan daya saing Malaysia di dalam ekonomi digital.

Malaysia mula menarik minat pelaburan asing dari syarikat-syarikat teknologi utama dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan gergasi pengeluaran teknologi Foxconn mengumumkan akan membina kilang pengeluarannya di Malaysia baru-baru ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.