Utama Automotif Afeela, kereta elektrik dari Sony-Honda diperkenalkan secara rasminya

Afeela, kereta elektrik dari Sony-Honda diperkenalkan secara rasminya

449
0
Sony Honda Afeela Prototaip CES 2023

Sony dan Honda baru-baru ini telah mengumumkan kenderaan elektrik (EV) baharu hasil kerjasama kedua-duanya, Afeela di CES 2023 baru-baru ini. Pengumuman tersebut hadir hampir setahun selepas kedua-duanya merancang untuk mengeluarkan EV yang kelak dirancang untuk dijadikan sebagai perniagaan berasingan.

Selain dari pengumuman jenama EV tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Sony Kenichiro Yoshida turut mempertontonkan protaip kereta sedan Afeela di atas pentas ketika acara tersebut.

Berbeza dengan model Vision-S yang diperkenalkan beberapa tahun lalu, EV empat pintu baharu ini menampilkan rekaan yang lebih bergaya dan membulat serta beberapa ciri yang eksklusif untuknya.Sony Honda Afeela Prototaip CES 2023-1

Lampu kereta juga tidak terdapat pada prototaip Afeela ini. Sebaliknya ia digantikan dengan bar lampu berkesinambungan dan berintegrasi dengan Media Bar.

Sebagaimana yang dijangkakan, Sony dan Honda juga membuat pengubahsuaian bagi rekaan dalaman EV ini juga. Beberapa ciri rekaan dari prototaip Vision-S masih lagi dikekalkan seperti pelapik berwarna putih, namun terdapat perbezaan yang ketara pada sterengnya. Ia menggunakan stereng kuk (yoke steering) yang mungkin kelihatan agak kekok untuk dikendalikan.

Selain itu, di dalamnya juga disediakan skrin-hyper ultra-lebar yang berintegrasi dengan papar pandu (heads up display, HUD) kenderaan. Ia juga berintegrasi dengan kluster inforia dan monitor untuk kamera pandang belakangnya yang masih lebih kurang sama dengan prototaip sebelumnya. Pun begitu, paparan kecil yang ditempatkan di bahagian antara papan pemuka dengan laci tengah tidak lagi disediakan.

Ketika dipertontonkan, CEO Sony berkenaan turut menunjukkan prototaip Afeela ini dilengkapkan dengan 45 buah kamera dan sensor pada bahagian dalam dan juga luarnya bagi meningkatkan ciri keselamatannya.

Beliau turut menerangkan hyperscreen dan Media Bar EV ini akan dikuasakan oleh Unreal Engine dari Epic Games. Pemprosesannya pula menggunakan Qualcomm Snapdragon untuk mengendalikan sistem bantuan pemandu, sistem inforia, telematik, dan pemanduan berautonomi yang terbina di dalamnya.

Harga Kenderaan Elektrik Sony-Honda, Afeela

Dari segi ketersediaan, Kenichiro Yoshida menjelaskan EV Afeela ini akan mula hadir menemui pengguna di Amerika Syarikat sekitar menjelang pertengahan tahun 2026. Pra-tempahannya pula akan mula dibuka pada pertengahan tahun 2025. Tiada pengumuman mengenai harga jualan kereta tersebut diumumkan buat masa ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.