Utama Mobile 5G: Ujian Rangkaian akan diperluas ke 6 Negeri pada Oktober ini

5G: Ujian Rangkaian akan diperluas ke 6 Negeri pada Oktober ini

571
0

Kerajaan berhasrat untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G untuk perniagaan merangkumi pelbagai industri tempatan. Sehubungan itu, SKMM semalam telah mengadakan satu sesi penerangan berkenaan tahap pelaksanaan 5G di Malaysia.

Menurut Pengerusi SKMM, Encik Al-Ishsal Ishak, langkah berikutnya dalam pelaksanaan rangkaian telekomunikasi generasi terbaru ini adalah dengan mengadakan demonstrasi bagi kes-kes kegunaan 5G yang bermula Oktober ini. Dianggarkan, jumlah pelaburan untuk tujuan pembangunan ini adalah sekitar RM116 juta daripada lapan buah syarikat.

Tambah beliau lagi, sebanyak 32 tapak 5G di enam buah negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur akan beroperasi untuk tempoh selama enam bulan, dengan 55 kes kegunaan 5G.

“Ia membabitkan sembilan vertikal iaitu pertanian, pendidikan, hiburan/media, penjagaan kesihatan digital, pemprosesan dan pembuatan, minyak dan gas, bandar pintar, pengangkutan pintar dan pelancongan.

“Projek-projek demonstrasi 5G akan tertumpu kepada usaha untuk memupuk pembangunan sebuah ekosistem 5G yang holistik dan inklusif di dalam negara dalam usaha untuk merangsang permintaan serta penggunaan teknologi 5G bagi perniagaan dan pengguna.

“Kami berharap sebahagian daripada kes kegunaan 5G dapat dikomersialkan bermula suku ketiga tahun 2020,” katanya semasa sidang media selepas sesi taklimat media 5G di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam.

Sumber berita diperoleh dari Utusan Online, Imej cover dari PMO

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.