Setup terbaru Windows 10 Home kini memaksa anda untuk mendaftar masuk menggunakan Microsoft Account – melainkan anda memutuskan sambungan ke internet terlebih dahulu. Micorosoft sememangnya inginkan anda mendaftar masuk dengan menggunakan akaun Microsoft. Namun, untuk kali ini ianya sudah lebih.
Pilihan mendaftar masuk dengan akaun ‘local’ Windows pada kebiasaannya akan disorokkan di bawah pilihan “Offline Account”. Tetapi pada versi terkini, pilihan berkenaan didapati sudah dihilangkan apabila anda melakukan setup baru untuk Windows 10 Home.
Isi Kandungan
Bagaimana Windows 10 Home memaksakan Microsoft Account kepada Anda?
Perubahan ini telah dilaksanakan pada Windows 10 oleh Micirosoft melalui kemaskini 1903 yang juga dikenali sebagai May Update.
Sewaktu melakukan proses ‘setup’ pertama kali Windows 10 Home berkenaan, anda akan terus diajukan dengan “Sign in with Microsoft”, tanpa ada sebarang pilihan lain. Hanya pada Windows 10 Professional sahaja disediakan pilihan “Domain Join Instead” bagi membolehkan pewujudan ‘local account’.
Jika akan menekan butang “Next” atau “Create account,” Windows 10 akan mengajukan anda, “a valid email address, phone number, or Skype name (alamat emel yang sah, nombor telefon atau nama Skype).”
Tiada pilihan lain disediakan pada peringkat ini melainkan teks pilihan “Learn More” yang menerangkan cara-cara anda mendaftarkan akaun Microsoft dan juga cadangan untuk mengelak dari mendaftar akaun Microsoft.
If you’d prefer not to have a Microsoft account associated with your device, you can remove it. Finish going through Windows setup, then select the Start button and go to Settings > Accounts > Your info and select Sign in with a local account instead.
Ini bermakna, jika anda tidak mahukan akaun Microsoft, Microsoft menyatakan anda masih lagi perlu mewujudkannya juga terlebih dahulu dan boleh membuangkannya kemudian. Windows 10 tidak menawarkan pilihan mewujudkan ‘local account’ di dalam proses setup ini.
Cara lain untuk wujudkan ‘local account’ Windows 10 Home
Bagaimanapun, terdapat satu cara mewujudkan ‘local acoount’ yang disembunyikan di dalam proses setup Windows 10 Home ini iaitu dengan memutuskan talian internet komputer anda.
Selepas memutuskan talian internet anda, cuba wujudkan akaun Microsoft dan seterusnya anda akan mendapat satu mesej ralat “Something went wrong”. Klik “Skip” untuk melangkau proses mewujudkan akaun Microsoft.
Seterusnya, sebaik sahaja anda melangkaui proses pewujudan akaun Microsoft anda akan di bawa ke paparan “Who’s going to use this PC?”. Di sini anda boleh mewujudkan akaun offline dan boleh mendaftar masuk ke Windows 10 tanpa perlu menggunakan akaun Microsoft.
Proses ini sebenarnya masih ada lagi di dalam setup Windows 10, namun ianya sengaja disorokkan atas sebab-sebab tertentu. Bagi pengguna yang mempunyai sambungan internet di rumah, mungkin boleh terus mendaftarkan akaun Microsoft. Namun begitu, pengguna yang tidak mempunyai akses ke internet masih lagi boleh mendaftar masuk ke Windows 10 Home tanpa perlu mewujudkan akaun Microsoft.