Utama Apple 5G kini tersedia untuk pengguna iPhone di Malaysia melalui Kemaskini iOS 16.2

5G kini tersedia untuk pengguna iPhone di Malaysia melalui Kemaskini iOS 16.2

425
0
iPhone 5G Support Celcom Digi

Apple awal hari ini telah memperkenalkan satu lagi kemaskini baharu untuk pengguna iPhone melalui iOS 16.2. Beberapa penambahan ciri baharu turut diperkenalkan seperti Apple Music Sing, aplikasi Freeform, dan enkripsi hujung-ke-hujung untuk kategori data iCloud tambahan. Khusus untuk pengguna iPhone di Malaysia, kemaskini baharu ini juga menyediakan akses ke rangkaian 5G tempatan.

Sebelum ini iPhone pertama kali memperkenalkan sokongan rangkaian 5G melalui pelancaran iPhone 12 pada tahun 2020. Buat masa ini, ciri sokongan ini ditawarkan untuk semua model iPhone keluaran sehingga 2022 termasuk iPhone SE generasi ketiga yang dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu.

Sebaik sahaja anda memuat turun dan memasang kemaskini 1.29GB pada iPhone anda, buka bahagian About di dalam Settings. Tatal ke bawah sehingga anda menemukan Network Provider untuk syarikat telekomunikasi anda yang disenaraikan sebagai versi 53.1.

Selain itu, anda juga akan mendapati terdapat pilihan 5G baharu di dalam bahagian Mobile Data. Untuk melihatnya, buka Mobile Data Options > Voice & Data di mana anda akan melihat pilihan 5G On dan 5G Auto. Di dalam bahagian Data Mode, anda akan dapat melihat pilihan Allow More Data on 5G yang membenarkan anda memberikan keutamaan kepada 5G berbanding Wi-Fi.

Tidak semua pengguna iPhone dapat 5G di Malaysia

Di Malaysia, Apple mempunyai hubungan kerjasama dengan Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile yang sepatutnya memudahkan integrasi iPhone ke rangkaian telekomunikasi berkenaan. Namun, memandangkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia oleh 5G menerusi model Rangkaian Borong Tunggal, menjadikan keadaan agak rumit untuk dijelaskan.

Di kalangan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, hanya Maxis yang masih lagi belum menandatangani akses 5G dan dijangka akan melakukannya sekitar Januari 2023. Justeru, pelanggan Maxis yang menggunakan iPhone masih lagi tidak boleh mengakses ke rangkaian 5G buat masa ini.

Untuk unifi dan YTL Communications pula, kedua-duanya bukanlah rakan kerjasama telekomunikasi Apple. Oleh yang demikian, pengguna iPhone yang melanggan perkhidmatan Yes dan unifi Mobile juga tidak dapat mengakses ke 5G sungguhpun kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan sudah agak lama menyediakan sokongan ke rangkaian tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.