Apabila sesebuah perniagaan mengalami kerugian untuk enam tahun berturut-turut, tidak banyak pilihan yang ada untuk terus kekal bertahan. Bagi perniagaan LG Mobile, kemungkinan yang bakal dipilih adalah menutup terus.
Laporan terkini dari The Korea Times memetik sumber di dalam industri, mendakwa LG akan mengesahkan penutupan perniagaan telefonnya seawal minggu hadapan.
Satu pengumuman rasmi akan dibuat minggu hadapan, 5 April selepas mesyuarat lembaga LG sebulat suara membuat keputusan penting berkenaan.
Minggu lepas, LG dilapor telah menjalani rundingan-rundingan bagi menjual bahagian peranti mudah alihnya, namun menemui jalan buntu.
Jurucakap LG Electronics menyebut pihak syarikat sedang mempertimbangkan beberapa strategi untuk perniagaan mudah alinya termasuk menjual keseluruhan bahagian. Malah, turut dicadangkan untuk membuat agihan saham atau menutup terus perniagaan telefon pintarnya.
Selain itu, khabar angin mengenai pekerja-pekerja LG akan dipindahkan ke bahagian peralatan rumah juga telah pun tersebar di Twitter beberapa hari yang lepas.